November 23, 2024

Search
Close this search box.

Oleh Corrienna Abdul Talib, Marlina Ali dan Mohd Zahir Hafizi Safian

JOHOR BAHRU, 4 Mac — Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu bidang yang diberi penekanan khusus dalam mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini.

Oleh itu, penyediaan pengalaman pembelajaran berkaitan STEM harus menjadi fokus utama semua guru bagi merealisasikan hasrat Malaysia membangunkan sumber manusia yang kreatif dan inovatif untuk memenuhi keperluan negara di abad ke 21.

Sehubungan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian dengan kerjasama Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) telah menganjurkan Karnival STEMorphosis.

Bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan minat para pelajar terhadap STEM, karnival ini telah diadakan pada 28 Februari 2019 di Dewan Teknokrat KMKJ dan melibatkan seramai 318 orang pelajar matrikulasi.

Karnival tersebut merupakan satu bentuk program yang dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang STEM melalui eksplorasi dan aplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam kehidupan seharian.

Selain itu, program ini juga berkepentingan untuk menarik pelajar ke arah kerjaya berkaitan STEM melalui pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan realistik yang dapat dikaitkan secara langsung dalam konteks kehidupan seharian.

Objektif program juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang STEM melalui eksplorasi dan aplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam kehidupan seharian dan memupuk serta mengukuhkan minat para pelajar terhadap STEM melalui aktiviti-aktiviti menarik berdasarkan empat bidang utama iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

Karnival STEMophosis ini adalah sebuah program yang merangkumi pameran, pertandingan eksplorasi dan cabaran robotik.

Setiap pameran, pertandingan eksplorasi dan cabaran robotik telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi dari Sekolah Pendidikan dan turut disertai oleh beberapa pelajar antarbangsa dari negara Nigeria.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Sains dan juga mewakili Pengarah, KMKJ.Encik Amran Safar.

Semoga program STEMorphosis dan jalinan kerjasama UTM-KMKJ ini dapat diteruskan pada tahun hadapan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mengukuhkan pendidikan STEM di Malaysia. Untuk maklumat lanjut Program STEAM, Sekolah Pendidikan sila hubungi penyelaras program corrienna@utm.my atau layari https://people.utm.my/corrienna/.

Fasilitator UTM bergambar dengan warga KMKJ
Booth Teknologi Hidraulik
Booth Superscience
Booth Teknologi Arduino
Explorace STEMorphosis
Booth MyLine
Booth Funtaste-tic Kitchen Science
Booth Magnificent Math
Booth Science Wizards
Majlis Penutup Karnival STEMorphosis UTM-KMKJ 2019

Explore More