April 29, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa Timba Ilmu Komunikasi dalam Career Development Talk Anjuran SHARPS, UTM

JOHOR BAHRU, 28 Feb. — Seramai 55 orang peserta dari kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) beroleh ilmu pengucapan awam dan asas komunikasi apabila menyertai Career Development Talk anjuran Kelab Pembangunan Sumber Manusia (SMART) pada 23 Februari lalu.

SMART merupakan sebuah kelab pelajar dari Program Pembangunan Sumber Manusia, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.

Program kerjasama Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan Global Peace Malaysia (GPM) tersebut diadakan pada 23 Februari 2019 bertempat di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, UTM Kampus Johor Bahru.

Aktiviti program termasuklah mengadakan Bengkel Pengucapan Awam dan Asas Komunikasi kepada seramai 55 orang peserta dalam kalangan pelajar UTM bagi mengasah bakat dan membentuk keyakinan dalam diri pelajar untuk berhadapan dengan khalayak ramai terutamanya dalam meningkatkan prestasi ketika melakukan pembentangan di dalam kelas.

Dalam program tersebut, para peserta dapat diajar tentang teknik dalam berkomunikasi dan menjadi pendengar yang baik kepada orang lain supaya dapat menyampaikan sesuatu perkara dengan jelas dan nyata serta mudah difahami.

Bengkel ini disambut baik dengan adanya penceramah yang berpengalaman dalam berpidato serta pengucapan awam iaitu Encik Hafiezi bin Abd Hamid yang merupakan ketua panitia Bahasa Melayu di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) di Kuala Lumpur.

Oleh itu, impak yang diperoleh para pelajar sangat memberangsangkan apabila mereka mampu untuk melaksanakan praktikal yang dijalankan pada akhir bengkel dalam menyampaikan kata-kata dengan penuh yakin dan semangat.

Explore More