April 28, 2024

Search
Close this search box.

Program Islamic Relief 2018 (IR2K18) merupakan sebuah program anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) yang dilaksanakan untuk memberikan peluang kepada mahasiswa UTM bergiat dalam aktiviti kesukarelawan. Program ini terbahagi kepada dua fasa.

Pada 12 May 2018, Program Islamic Relief 2018 telah berjaya memulakan langkah pertama dalam melengkapkan dua fasa bagi menjayakan program tersebut. Fasa pertama telah dimulakan di Kampung Chokro, Simpang Renggam, Johor. Seramai 16 orang peserta termasuk sukarelawan dan penasihat program, Encik Azizul bersama-sama melawat ke  kampung tersebut.

Lawatan tersebut telah disambut oleh Jawatan Kuasa Kampung (JKK) kira kira jam 10 pagi. Turut hadir Encik Zamri Baharuddin, wakil ketua kampung sebagai pelengkap majlis pembukaan. Setelah selesai majlis pembukaan pada jam 10.30 pagi, aktiviti mengecat dinding sekitar balai raya dan surau bermula.

Setelah selesai mengecat pada jam 4 petang, peserta dan sukarelawan melakukan ‘homevisit’ ke rumah-rumah orang sakit dan memerlukan. Sebanyak lima buah rumah telah diziarah dan pelbagai jenis barangan keperluan harian seperti beras dan hamper telah diedarkan kepada mereka. Tepat jam 5 petang semua aktiviti telah berjaya dilaksanakan dan diakhiri dengan majlis penutup di balai raya Kampung Chokro. Majlis penutup itu telah dilengkapkan dengan ucapan daripada wakil ketua kampung, Kampung Chokro dan pengarah program Islamic Relief 2018, Afiq bin Ariffin.

Peserta IR’18 sedang mengecat dinding-dinding balai raya dan surau

 

Pengarah IR’18 sedang memberi cenderamata kepada salah seorang orang tua di rumah orang tua tersebut

Pada 18 May 2018 yang lalu, Program Islamic Relief 2018 telah menjalankan aktiviti kedua dalam Fasa 1 iaitu mengedar pek berbuka di RNR Skudai. Turut dihadiri penasihat program, En Azizul bersama-sama mengedar pek berbuka seperti kurma dan air minuman. Tepat pukul 6 petang, semua peserta telah tiba di kawasan RNR Skudai dan pengedaran terus dilakukan.

Sebanyak 300 pek kurma telah diedarkan di perkarangan stesen minyak Petronas dan Petron di RNR Skudai. Pek berbuka diberikan bukan sahaja kepada orang melayu islam, malah orang cina, india dan lain-lain turut menerima sumbangan daripada pihak Islamic Relief 2018.

Aktiviti edaran pek berbuka tamat setelah kesemua makanan dan minuman telah habis pada pukul 7 malam sebelum berbuka puasa.

Sukarelawan IR’18 sedang mengedarkan pek berbuka kepada orang ramai

Pada 19 May 2018 yang lalu, aktiviti diteruskan dalam Fasa 1 program Islamic Relief 2018 dengan pemberian bubur lambuk di Kolej Tun Hessein Onn (KTHO), UTM. Aktiviti ini juga telah dibantu oleh biro kerohanian yang diketuai oleh Haziq, ketua biro kerohanian JKM KTHO. Seramai 23 orang peserta termasuk sukarelawan turut menjayakan aktiviti tersebut.

Setelah bubur siap dimasak, bubur diagihkan kepada penduduk KTHO secara percuma pada pukul 5 petang.Sebanyak 430 bungkus bubur siap diagih kepada semua orang dan pengagihan berakhir setelah semua bubur habis diberikan pada pukul 6.45 petang.

Bahan-bahan untuk membuat bubur lambuk sedang dimasukkan ke dalam periuk

 

Bubur lambuk yang telah siap dibungkus, diagihkan kepada semua orang

Fasa kedua berlangsung pada 15 hingga 25 Oktober 2018 di Korea Selatan dan disempurnakan oleh 12 orang sukarelawan. Program Islamic Relief 2018 berlangsung selama 10 hari untuk membahagikan beberapa tugasan utama dalam eksperimen sosial yang perlu dilaksanakan semasa program seperti First in Mind, Board Voting, Hug Me, dan akhir sekali Social Survey.

Dalam eksperimen sosial First in Mind, sukarelawan program telah menjalankan aktiviti ini di Namsan Seoul Tower. Aktiviti ini memerlukan responden untuk menerangkan perkara pertama yang terlintas difikiran mereka sejurus sahaja mereka melihat perkataan yang tertera di skrin tablet yang disediakan dari pihak program. Perkataan yang tertera adalah perkataan asas seperti langit, lembu, islam, dan muslim. Ini kerana perkara pertama yang terlintas difikiran mereka mencerminkan pandangan mereka secara umum terhadap orang islam. Sukarelawan program telah berjaya berinteraksi dengan 6 orang awam dan hasil dapatan daripada eksperimen sosial ini 2 daripada 6 responden ini memberikan jawapan yang menunjukkan islamofobia dalam diri mereka.

Krew program sedang melakukan First in Mind di Namsan Seoul Tower

Selain itu, sukarelawan program telah mengadakan eksperimen sosial Board Voting di Sun Moon University, Asan. Aktiviti ini dijalankan di dalam kawasan kampus dengan membawa papan yang bertulis Islam itu ‘keamanan’, neutral atau ‘kebencian’ untuk pelajar Sun Moon University melekatkan pelekat di papan mengikut pandangan mereka terhadap Islam. Krew program juga berkesempatan berjumpa dan menemubual pelajar Sun Moon University dari Malaysia berkenaan pengalaman mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka sebagai wanita muslim berhijab di Korea Selatan. Hasil dapatan daripada Board Voting menunjukkan majoriti pelajar Sun Moon University melekatkan pelekat pada bahagian ‘neutral’ dan hanya dua orang sahaja melekatkan pada bahagian ‘kebencian’.

Lawatan Islamic Relief 2018 ke Sun Moon University

 

Krew program sedang melakukan Board Voting di Sun Moon University

Seterusnya, krew program telah menjalankan aktiviti Hug Me di Hongdae Market. Aktiviti ini dijalankan oleh krew program yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita dengan mengenakan pakaian yang mencerminkan keislaman dan menutup mata. Terdapat papan di hadapan mereka yang bertulis “I’m a Muslim. If you think i’m not terrorist, hug me.”. Hal ini demikian, untuk menunjukkan sama ada masyarakat peka terhadap golongan minoriti islam di sekitar mereka. Eksperimen sosial ini berjalan selama satu jam 30 minit dan hanya seramai 10 orang sahaja yang memeluk krew program yang berkenaan.

Hasil daripada aktiviti Hug Me di Hongdae Market

 

Akhir sekali, eksperimen sosial yang krew program lakukan ialah Social Survey dengan bertujuan untuk mengkaji selidik penduduk di Korea Selatan tentang kesedaran masyarakat terhadap orang Islam. Sebanyak 12 soalan kaji selidik disediakan kepada 300 orang responden untuk memberikan respon mereka terhadap orang Islam di Korea. Responden bancian ini terdiri daripada penduduk di sekitar Seoul dan Busan. Bancian ini bertujuan untuk menyelidik tahap islamofobia dalam masyarakat Korea Selatan. Hasil bancian ini menunjukkan islamofobia di Korea Selatan berada pada tahap yang sedikit dan kebanyakkan daripada mereka tiada masalah bergaul dan bercampur dengan orang Islam.

Krew program sedang melaksanakan Social Survey di sekitar Seoul dan Busan

 

 

Explore More