April 29, 2024

Search
Close this search box.

NC UTM Terima Undangan Universiti Tsukuba, Sempena Penganugerahan kepada Tun Mahathir

JOHOR BAHRU, 5 Nov. – Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar dan Dekan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) UTM, Prof. Dr Ali Selamat mengadakan lawatan singkat ke Universiti Tsukuba (TU), Jepun.

Lawatan tersebut merupakan atas undangan khas presiden TU bagi menghadiri majlis penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat oleh universiti berkenaan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Universiti Tsukuba merupakan antara rakan kerjasama strategik UTM di bawah MJIIT yang bekerjasama dalam menganjurkan program mobiliti global, ‘Campus-in-Campus’ (CIC) yang berkonsepkan ‘Jukebox’ pada November 2016. UTM juga pernah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Kejuruteraan kepada Profesor Emeritus Takeshi Matsura tahun lepas.

UTM dan TU sebelum ini telah mewujudkan Program Ijazah Sarjana Bersama iaitu untuk program Sarjana Kelestarian dan Sains Sekitaran (Masters of Sustainability and Environmental Sciences) yang telah dilancarkan pada Ogos 2017.

Program tersebut merupakan kerjasama Jabatan Kejuruteraan dan Teknologi Hijau MJIIT – UTM dengan Jabatan Sains Persekitaran TU. Pelajar yang menamatkan pengajian dalam program ini akan mendapat sijil bersama dari UTM dan TU.

Explore More