November 22, 2024

Search
Close this search box.

Meskipun sudah masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, barisan hadapan yang terdiri daripada pelbagai pihak termasuk warga UTM sendiri tetap teguh menjalankan tanggungjawab yang diberikan untuk mengedali kluster COVID-19 dengan baik di kampus tersebut.

Penat lelah barisan hadapan bukan sahaja demi menurunkan jumlah kes di kampus sahaja malah, demi membantu meratakan lengkungan keseluruhan kes COVID-19 di negara tercinta.

Jasa barisan hadapan yang sanggup berkorban tenaga dan terpaksa merisiko diri dan keluarga demi memerangi kes COVID-19 di kampus tidak akan dilupakan oleh warga UTM selamanya.

‘Dear Frontliners, We might never understand your struggle, but we are here to bear the pain together. Stay Strong’

Seperti ayat di atas, terdapat pelbagai pihak UTM yang telah turun padang untuk turut bersama-sama menyertai barisan hadapan bagi menguruskan rawatan dan keselamatan warga yang terkesan di kampus sehingga ke akhirnya.

Warga UTM yang terkesan juga sentiasa berusaha memberi kerjasama yang terbaik kepada barisan hadapan kerana seperti pepatah ‘bersatu teguh bercerai roboh’, tanpa kerjasama semua pihak, kita tidak akan menang menangani wabak penyakit ini.  

Usaha dalam mengumpul dana Tabung Prihatin COVID-19 dan keperluan kebajikan yang lain juga telah mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada masyakat luar dan dalam UTM yang prihatin bagi mengurangkan beban sedia ada. Semoga barisan hadapan terus kuat dengan usaha murni ini.

Kami sentiasa di sini bersama anda.

Explore More