KUALA LUMPUR, 24 September 2012 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merancang membuka makmal penyelidikan teknologi animasi serta kreatif bagi memupuk minat mahasiswa dalam bidang sains dan teknologi.
Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr. Zaini Ujang berkata ini berikutan kejayaan universiti itu menjalin kerjasama dengan Animonsta Studios Sdn. Bhd. membina kapal angkasa bagi program taman tema bergerak ‘Dunia Futuristik Boboiboy’ (DFB) menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak hari ini.
http://www.utm.my/news-clipping/2014/01/20/utm-rancang-buka-makmal-penyelidikan-teknologi-animasi-dan-kreatif-may-2013/