April 28, 2024

Search
Close this search box.

PKPD: Drive UTM Prihatin Tarik Masyarakat Bantu Warga UTM yang Terkesan

JOHOR BAHRU, 22 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mempergiatkan usaha keprihatinan terhadap warganya melalui inisiatif Drive UTM Prihatin yang menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada warganya yang terkesan terutamanya pelajar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kampus UTM di sini.

Inisiatif ini merupakan kerjasama pelbagai jabatan dan pusat tanggungjawab UTM itu sendiri antaranya adalah Jabatan Pendaftar, Pusat Islam, Pejabat Naib Canselor, UTMAlumni, Endowmen UTM, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Melalui ‘Drive’ ini, sebuah Tabung Prihatin COVID-19 UTM telah diwujudkan sebagai platform utama kepada warga UTM yang ingin menyumbang.

Terkini, jumlah kutipan telah mencecah RM96,561.

Setakat ini, inisiatif tersebut telah berjaya menerima beberapa bentuk bantuan antaranya termasuklah sumbangan barangan keperluan seperti makanan kering, barang penjagaan diri dan kelengkapan pelindungan diri.

Inisiatif ini bukan sahaja menarik warga UTM untuk menyalurkan bantuan malah, masyarakat luar juga. Baru-baru ini UTM amat terharu dengan sikap keprihatinan masyarakat luar terhadap UTM kerana mereka ternyata tidak terkecuali memberi sumbangan melalui tabung tersebut.

Encik Tee Sock Eng dan keluarganya dengan murah hati telah menyumbang sebanyak RM1,000 demi membantu kesejahteraan pelajar UTM meskipun mereka tidak mempunyai ahli keluarga yang bekerja mahupun menuntut ilmu di UTM.

Amat diharapkan inisiatif Drive UTM Prihatin ini mendapat galakkan ramai pihak lagi dan terus berupaya membantu pelbagai urusan termasuk penyediaan keperluan asas dan makanan kepada warganya yang terkesan agar segala kebajikan mereka adalah terjaga.

Kepada warga UTM dan pihak lain yang ingin menyumbang, boleh lah berbuat demikian melalui capaian apps UTM Smart atau melalui info berikut:

#cekalbersamatakwa

Puan Zabidah Sumiri dan keluarganya adalah antara pihak luar yang prihatin dan penyumbang Tabung Prihatin COVID-19 UTM
Sumbangan ke Tabung Prihatin COVID-19 UTM boleh dibuat melalui aplikasi UTMSmart yang dimuat naik di telefon pintar.

Explore More