Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dijemput khas untuk bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan aktiviti Gotong Royong Sayangi Sg Kim Kim, Pasir Gudang.
Program tersebut diadakan sempena Hari Air Sedunia dan dianjurkan pada 20 Mac lalu.
Ianya dihadiri oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad serta Ketua Rakan Strategik yang terdiri daripada pelbagai Universiti, Industri dan NGO.
UTM adalah antara rakan strategik yang terlibat dalam menyumbangkan kepakaran dengan menyediakan master plan dalam merejuvinasikan Sg Kim Kim di bawah program anjuran KPT ‘University for Society’ yang turut melibatkan keahlian dari UTHM, UTEM dan USIM.
Seramai 30 staf UTM turun padang untuk bersama agensi yang lain dalam menjayakan gotong royong sepanjang 4km.
Melalui program tersebut menunjukkan betapa UTM komited dalam menyokong aspirasi kelestarian Sg Kim Kim dibawah pemantauan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran dam Majlis Perbandaran Pasir Gudang.