November 24, 2024

Search
Close this search box.

Oleh : Md Yani Kasiren

JOHOR BAHRU, 9 Mac — Projek Taman Eko Sungai Selangkah di bawah naungan projek University for Society (U4S) Zon Selatan : Sungai Nadi Kehidupan Sungai Kim Kim telah menerima kunjungan daripada Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia (KASA), YB Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Projek Pemulihan Dan Kelestarian Sungai Kim-Kim U4S Zon Selatan merupakan sebuah projek yang diamanahkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) untuk menjadi ketua dalam pemulihan semula kawasan Sungai Kim-Kim daripada tragedi pencemaran pada tahun 2019.

Projek ini yang telah memasuki fasa pembangunan ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga komuniti industri di Pasir Gudang.

Lawatan kerja ini adalah bagi melihat sendiri kemajuan projek dan juga memulakan pembinaan denai di sepanjang Sungai Selangkah.

Pada lawatan tersebut YB Tuan Ibrahim juga telah sama-sama menanam pokok sebagai tanda lawatan manakala Datuk Seri Ir Zaini Ujang telah sama-sama membina denai di sepanjang Sungai Selangkah serta menanam sebatang pokok sebagai tanda lawatan kerja tersebut.

YB Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menanam pokok semasa lawatan kerja di Projek Eko Sungai Selangkah
Prof. Madya Dr. Mohd Hisyam Mohd Rasidi menerangkan pelan denai yang ingin dibangunkan kepada Datuk Seri Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar .

Pada program tersebut juga YB Menteri juga telah memaklumkan bahawa sisa kumbahan yang dilaporkan baru-baru ini tidaklah begitu berbahaya kepada penduduk setempat.

Sampel juga telah diambil dan didapati ianya hanya pelepasan biasa dari kilang dan tidak teruk seperti pencemaran yang berlaku pada tahun 2019.

KASA memberi fokus dalam mengawal pencemaran Sungai Kim Kim. Projek Eko Sungai Selangkah merupakan salah satu program dalam memberi kesedaran kepada komuniti dan industri di Pasir Gudang. Program ini melibatkan banyak agensi kerajaan dan juga industri dlm menceriakan Sungai Kim Kim.

.

Datuk Seri Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar (bertopi biru) memantau keadaan Projek Eko Sungai Selangkah.

Explore More