November 27, 2024

Search
Close this search box.

Lembaga Pengarah UTM Ber’retreat’ Secara Maya

Lembaga Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersidang bagi mengatur strategi dan langkah untuk mendepani 2021 yang bakal lebih mencabar.

Dibahagikan kepada enam sub kumpulan, ahli mesyuarat yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah Universiti ( LPU ) dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti ( JPU ) menjalani ‘LPU RETREAT’ tersebut selama dua hari bermula 19 hingga 20 Januari 2021.

Sidang yang julung kalinya diadakan secara dalam talian tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi LPU UTM, Tan Sri Abdul Halim bin Ali.

Ianya diteruskan dengan sesi ucaptama oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail.

Sesi ucaptama oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail

LPU Retreat kali ini merupakan penampilan sulung Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail sebagai Naib Canselor UTM.

Sesi diadakan dari Bilik Mesyuarat Pejabat Naib Canselor di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim

Sesi tersebut membincangkan Pemurnian UTM Corporate UTM Balance Scorecard enVision 2021, perancangan lima tahun UTM serta cabaran pandemik Covid-19.

Pendaftar UTM, Encik Abdul Razib bin Haji Shahuddin semasa sesi pembentangan secara dalam talian

Explore More