April 29, 2024

Search
Close this search box.

Creative Short Video Contest Anjuran KTDI Serlah Bakat dan Kreativiti Pelajar UTM

JOHOR BAHRU, 11 Dis. — Pada 11 hingga 26 Disember 2020, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi 2020/2021 berkolaborasi dengan Media Digital and Community telah menganjurkan suatu program iaitu Creative Short Video Contest, juga dipanggil sebagai CSVC.

Program ini terbuka untuk para peserta mengikuti bengkel sahaja ataupun pertandingan menghasilkan video pendek kreatif.

Objektif program ini adalah untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti pelajar UTM dengan menghasilkan sesebuah video pendek serta meningkatkan daya pemikiran kritis. Sehubungan itu, program ini membuka penyertaan kepada seluruh warga UTM.

Bengkel Penyuntigan Video Youtube

Program ini telah diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex.

Program bermula dengan perasmian dari pengetua KTDI iaitu Lt. Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli Bin Hj. Ali Khan dan diteruskan dengan bengkel Youtube Video Editor yang disampaikan oleh En Azizul Bin Azman dari Media Digital and Community.

Majlis Penutup CSVC
Majlis Penutup CSVC
Peserta dan krew CSVC

Explore More