November 22, 2024

Search
Close this search box.

Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi Malaysia hari ini.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Datuk Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail yang menjalankan fungsi Naib Canselor telah membentangkan kepada YB Menteri tentang info ringkas universiti serta perkembangan terkini tentang projek-projek berimpak tinggi di UTM kampus Johor Bahru.

YB Datuk Seri Dr. Noraini juga diberikan penerangan tentang kolaborasi strategik UTM seperti Akademi Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan Projek Hospital Pakar UTM serta beberapa perancangan UTM dalam masa terdekat.

Dalam sesi lawatan tersebut, YB Menteri serta delegasi Kementerian Pengajian Tinggi telah dibawa ke Kampus Residensi KLG, Projek Akademi Bola Sepak JDT di Kolej Dato Onn Jaafar dan tapak pembangunan Projek Hospital Pakar UTM sebelum mengakhiri sesi lawatan di Arked Meranti.

YB Datuk Seri Dr. Noraini dibawa melawat ke Kampus Residensi KLG

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Rosli bin Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dr Mohd Zabri bin Yusoff serta ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti UTM.

YB Datuk Seri Dr. Noraini dibawa ke tapak Akademi Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT)
YB Datuk Seri Dr. Noraini menerima cenderahati daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail

UTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri serta delegasi dari KPT atas lawatan kerja ini.

Explore More