November 22, 2024

Search
Close this search box.

Pemakluman Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Berkuat Kuasa Mulai 7 Disember 2020 Hingga 20 Disember 2020

PEMAKLUMAN
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
BERKUAT KUASA MULAI 7 DISEMBER 2020 HINGGA 20 DISEMBER 2020

Selaras dengan pemakluman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Disember 2020, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berkuat kuasa di daerah Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kuala Lumpur bermula pada 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.

Merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) baharu PKPB, Pengurusan Universiti memutuskan peratusan maksimum staf yang dibenarkan Bekerja Dari Rumah atau Work From Home (WFH) adalah tidak melebihi 25%. Staf yang hadir ke pejabat tidak perlu lagi membuat permohonan masuk kampus. Permohonan online melalui UTMSmart atau my.utm.my perlu dibuat bagi staf yang bekerja dari rumah dengan kebenaran Ketua Pusat Tanggung jawab (PTJ). Bagaimana pun ini tidak terpakai bagi staf dibawah kategori perkidmatan perlu (essential services).Pelaksanaan ini adalah terpakai bagi kampus UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Bagi Kampus Pagoh, staf perlu bekerja di pejabat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi PKPP.

Bagi staf WFH perlu merekod kehadiran waktu kerja melalui GPS Check-In/Out di aplikasi UTMSmart. Kegagalan untuk merekodkan kehadiran menyebabkan rekod kehadiran anda sebagai tidak hadir. Staf juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan semasa bekerja dari rumah seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Staf Bekerja di Pejabat perlu mematuhi Panduan Keluar Masuk Kampus dan warga Universiti adalah diwajibkan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk semua aktiviti perjumpaan di dalam universiti seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan ini, sila hubungi Jabatan Pendaftar melalui talian 0167300969 (UTMJB – Puan Saidatul Akmal Abdul Hamid), 014-9501833 (UTMPAGOH En. Mohd Farid Rahmat), 0126620515 (UTMKL – Puan Nurulhaslinda Muhd Sidek) atau email kepada bsm@utm.my.

Berikut pula merupakan senarai talian Hotline UTM semasa PKPB:
https://www.utm.my/hotline/.

Sekian, sila ambil maklum.

PEJABAT HAL EHWAL KORPORAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
6 DISEMBER 2020

Explore More