Kelab Iqra’ UTM telah berjaya menjalankan sebuah program perkongsian bertajuk “PROGRAM BENGKEL ASAS OBS KELAB IQRA”.
Program ini telah menggunakan medium google meet untuk berinteraksi dan menunjukan cara mengguna OBS kepada peserta. Walaupun program ini berbentuk atas talian, penyertaan seramai 36 peserta telah Menyertai Program Bengkel Asas OBS ini menunjukkan bahawa ketiadaan mahasiswa/wi sesi tidak menghalang perlaksanaan program mana-mana persatuan di UTM.
Program ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Syafiyadiy Bin Jamaludin, pelajar Jurusan Mekatronik, Sekolah Kejuruteraan Elektrik., tahun 4. Objektif dan matlamat program ini ialah untuk mendedahkan perisian asas siaran langsung kepada pelajar, dan kelab Iqra’ dapat membantu kelab-kelab lain di UTM dengan ilmu yang diperolehi untuk melaksanakan program akan datang.
Perkongsian ini telah disampaikan oleh saudari Amal Solehah Binti Aidiahmad, Pelajar tahun 2 , Sekolah pembangunan sumber manusia dan psikologi, Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia dan saudara Muaz Bin Amir Nur Rashid, pelajar tahun 3, Fakulti komputer. Saudari Amal Solehah dan saudara Muaz telah berkongsi ilmu mengenai bagaimana mengunakan OBS secara pembelajaran atas talian.
Dengan jayanya program ini telah dilaksanakan walaupun secara maya, semoga ia adalah satu permulaan untuk mahasiswa/wi UTM untuk mendapatkan pengalaman yang berbentuk sebegini supaya dapat membantu mereka untuk lebih berdaya saing dan dapat mencungkil bakat mereka.