April 29, 2024

Search
Close this search box.

Kelab Iqra’ UTM telah berjaya mengadakan sebuah program perkongsian ilmu bertajuk ‘PROGRAM HALAQAH QURAN’. Program ini menggunakan platform atas talian iaitu Facebook dan Youtube Live.

Walaupun program ini dijalankan menerusi platform atas talian, tetapi program ini telah mencatatkan jumlah penyertaan seramai 219 orang dari tahun pertama hingga tahun ketiga menunjukkan bahawa program perkongsian sebegini mendapat sambutan yang baik dari kalangan mahasiswa UTM.

Penceramah jemputan untuk program kali ini ialah Ustaz Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrisam Fikry yang merupakan pelajar Master dalam bidang syariah di UTM.

Dalam program Halaqah Quran tersebut, Ustaz Wan Abdul Rahman telah menerangkan berkenaan ibrah atau pengajaran yang boleh diambil daripada sebuah surah daripada Al-Quran yang terkandung di dalamnya pelbagai tauladan yang baik bagi umat manusia iaitu Surah Ar-Rahman.

Beliau juga telah berkongsi beberapa intipati yang menarik daripada surah ini supaya dapat memberikan kefahaman yang baik kepada audiens.

Tuntasnya, Program Halaqah Quran ini telah dilaksanakan dengan jayanya secara maya dan merupakan salah satu langkah untuk membudayakan Al-Quran dan menerapkan nilai-nilai yang baik daripadanya bertepatan dengan visi Kelab Iqra iaitu menjadi peneraju mahasiswa dalam membina generasi Al-Quran. Menerusi program ini, diharapkan semua pihak yang menyertainya mendapat manfaat dan seterusnya menjadi pendorong untuk memantapkan lagi pemahaman tentang Al-Quran dalam kehidupan.

Explore More