Disember 21, 2024

Pensyarah UTM gondol Anugerah The Very Best Award MTE 2018

JOHOR BAHRU, 28 Februari 2018 – Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Nasir Ibrahim berjaya menggondol anugerah ‘The Very Best Award’ di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2018.

Beliau turut membawa pulang hadiah pingat emas melalui ciptaannya, AMIR CPU 32-Bit Softcore Microprocessor di eskpo yang  berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Februari lalu.

Manakala empat lagi pingat emas diperolehi menerusi Profesor Dr Noriah Bidin, Prof Madya Dr Juhana Jaafar, Dr Mariyana Aida Abd Kadir dan Dr Mohd Khairi Abu Husain.

Pingat perak dimenenangi oleh Dr Norhaniza Yusof dan Prof Madya Dr Mohd Hafiz Dzarfan Othman.

Sementara itu, Profesor Ir Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, Dr Norhaniza Yusof dan Dr Rosnani Hasham memperolehi pingat gangsa.

Sejak dimulakan pada tahun 2001, MTE telah berkembang menjadi salah satu pameran penciptaan antarabangsa yang paling terkenal di rantau ini.

MTE 2018 bertemakan “Rekacipta dan Inovasi Pasaran Asia” menyediakan tempat yang ideal untuk para pencipta, pereka dan usahawan bagi mempamerkan ciptaan terkini mereka untuk perhatian pihak industri yang sedang mencari konsep baru untuk dikomersilkan.

Explore More