November 22, 2024

Search
Close this search box.

UTM Kuala Lumpur Terima Anugerah Merit Award oleh Nasional STEM Movement

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2018 – UTM Kuala Lumpur (UTM KL) telah menerima anugerahkan Merit Award oleh National STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) Movement di dalam Majlis Hi-Tea yang telah berlangsung di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Anugerah ini telah dipertandingkan di dalam kategori khusus iaitu Program Mentor-Mentee STEM di Malaysia Technology Expo 2018 yang telah berlangsung pada 22hb hingga 24hb Februari 2018 di PWTC, Kuala Lumpur.

Anugerah ini adalah pengiktirafan bagi Program STEM bercorakkan Mentor-Mentee anjuran UTM KL yang telah memilih SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur sebagai projek rintis yang telah berlangsung di antara September sehingga November 2017. Matlamat utama Program Mentor-Mentee STEM adalah untuk memangkin minat dan pengetahuan pelajar di dalam pendidikan STEM serta memberi kesedaran dan membuka minda ibu-bapa, guru dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan STEM bagi pembangunan negara. Program ini melibatkan 180 orang pelajar SMK Padang Tembak yang dipilih sebagai mentee dari kalangan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala, mentor pula terdiri daripada 28 orang pelajar UTM KL yang mengambil kursus Literasi STEM (kursus Kokurikulum yang ditawarkan oleh CCSL UTM). Penasihat program terdiri daripada 6 orang pensyarah UTM KL serta 9 orang guru SMK Padang Tembak. Program Mentor-Mentee STEM ini telah dijalankan sebanyak 6 kali di sekolah.

Pengiktirafan ini telah melonjakkan semangat semua yang terlibat untuk meneruskan program ini dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan meluaskan lagi ke sekolah-sekolah lain terutamanya di Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Explore More