November 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM Peroleh 100% Markah dalam Penilaian Kualiti Data MyMohes

MyMohes Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia adalah sistem maklumat yang dibangunkan dengan tujuan pengintegrasian dan peningkatan kualiti data universiti awam di malaysia dengan kaedah yang mudah, cepat dan tepat. Antara data yang terdapat dalam sistem MyMohes ialah Modul pelajar, Modul staf, Modul Penyelidikan & Pembangunan dan Pengkomersialan, dan Modul Institusi.

Sehubungan dengan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus kekal cemerlang setelah berjaya menjadi satu-satunya universiti penyelidikan yang mencapai lima bintang dalam Penilaian Kualiti Data MyMoheS oleh KPT dengan 100% keseluruhan markah bagi semua kriteria dan modul untuk pelaporan data universiti dari 1 Januari sehingga 30 Jun 2020.

Pelaporan data universiti yang turut dinilai dari segi masa penghantaran, kesempurnaan dan kualiti data ini telah dikelolakan oleh Bahagian Analitik dan Penyelidikan Institusi, Pejabat Pengurusan Strategi (SMO) di bawah Prof. Ts Dr. Muhammad Hisyam Lee bersama pemunya modul di peringkat universiti.

Tahniah UTM di atas pencapaian yang memberangsangkan dan mudahan usaha ini dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan untuk membantu kemajuan data universiti yang memberi manfaat kepada semua.

Explore More