Disember 19, 2024

Sumbangan Penutup Muka dan Cecair Pembersih Tangan kepada Pelajar UTM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) menyerahkan sumbangan penutup muka dan cecair pembersih tangan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk diserahkan kepada para pelajar UTM Kuala Lumpur. Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang akan memulakan pengajian dalam masa terdekat, terutamanya golongan pelajar B40.

Majlis penyerahan tersebut diadakan di Bilik Ilmuan 3, Menara Razak dengan dihadiri oleh YBhg. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus bin Hussein selaku Presiden Persatuan ALUMNI UTM, Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md Noor bin Salleh, Dato’ Ahmad bin Che Abdullah, dan Datuk Sr. Hj. Mahabob bin Khalid. Manakala wakil dari Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) ialah Dato’ Muzamir bin Mustafa Muzam, Tuan Najmuddin bin Mahmood beserta exco-exco persatuan.

Dato’ Muzamir bin Mustafa Muzam, Timbalan Naib Presiden Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) menyerahkan sumbangan kepada Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus bin Hussein, Presiden Persatuan Alumni UTM

 

YBhg. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus bin Hussein, Presiden ALUMNI UTM menyerahkan sumbangan kepada Pengarah HEP UTM KL Ir. Dr. Pauziah Muhamad

Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Ir. Dr. Pauziah Muhamad berkata dalam ucapan ringkas beliau “Pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan berbentuk penutup muka dan cecair pembersih tangan kepada pelajar yang sangat memerlukan.’’

Secara keseluruhannya sumbangan yang disalurkan adalah satu ratus (100) kotak penutup muka, tiga ratus (300) botol cecair pembersih tangan 100ml dan lima (5) kotak sarung tangan. Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) berterima kasih kepada pihak UTM Alumni dan Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) atas komitmen yang diberikan dalam usaha membantu para pelajar di UTM Kuala Lumpur.

 

Turut hadir memeriahkan Majlis Sumbangan Penutup Muka dan Cecair Pembersih Tangan adalah wakil pelajar UTM Kuala Lumpur

 

Para pelajar dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan UTM School of Professional and Continuing Education (UTMSPACE)

 

 

Explore More