November 26, 2024

Search
Close this search box.

Majlis Apresiasi Perdana 2020 (MAP’20) yang diadakan dua tahun sekali bermula tahun 2018, telah dianjurkan semula pada 24 Julai 2020 di Hotel Corus, Jalan Ampang oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

MAP’20 yang diadakan adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan khidmat bakti staf Pejabat HEP UTM Kuala Lumpur dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan berdedikasi.

Sesi menghargai staf yang akan bersara wajib pada Oktober 2020 iatu Encik Zulkurnain bin Hussain dari Pusat Kaunseling dan sesi meraikan jasa staf yang akan bertukar jabatan ke Fakulti Teknologi dan Informasi Razak iaitu Puan Hafizah binti Ahmad Pua’at pada Ogos 2020 turut diadakan semasa majlis.

Pejabat HEP amat berterima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan staff yang berkaitan di Pejabat HEP UTM KL.

Majlis kali ini adalah sedikit berbeza dari tahun sebelumnya di mana penganjurannya turut dijalankan untuk mengiktiraf sumbangan pelajar-pelajar UTM Kuala Lumpur yang mengambil bahagian dalam program Minggu Mesra Mahasisawa Diploma sesi 2020/2021 serta yang menjadi petugas barisan hadapan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bulan Mac sehingga Julai 2020.

 

Persembahan Tarian Bollywood dari Pelajar

 

 

Selain itu Pejabat HEP UTM KL juga menggunakan pentas MAP’20 untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar dengan menjemput 12 orang pelajar B40 yang menerima bantuan Tabung Fund Aid Care, Pejabat HEP-MAIWP ke majlis ini dan membuat simbolik penyerahan Moq-Cheque bernilai RM 273,000.00 untuk bantuan makanan bagi bulan Julai 2020 kepada 910 orang pelajar.

Bagi menjayakan majlis MAP’20 ini lagi, Pejabat HEP UTM KL telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah bakat mereka dengan melantik Sekretariat MAP’20 secara bersinergi antara staf HEP UTM KL dan para pelajar UTM Kuala Lumpur.

Pejabat HEP UTM KL sentiasa membuka peluang kepada para pelajar untuk mengambil bahagian dalam setiap penganjuran program kerana ia mampu membentuk pelajar yang holistik dan tinggi kemahiran kendiri di samping dapat merealisasikan aspirasi pendidikan negara iaitu melahirkan graduan seimbang dari segenap sudut merangkumi intelek, rohani, dan jasmani.

 

Penyampaian Sijil dan Penghargaan dari Pro-Naib Canselor kepada Pengarah HEP UTM KL

 

Anugerah Kepimpinan Pelajar dari Timbalan Naib Canselor HEP

 

Timbalan Naib Canselor HEP bersama pelajar UTM KL

 

 

Pejabat HEP UTM KL mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran Prof. Dr. Durrishah binti Idrus (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin (Pro-Naib Canselor UTM Kuala Lumpur), pegawai-pegawai UTM dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MAP’20 secara langsung atau tidak langsung.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada penasihat MAP’20 Pejabat HEP UTM KL Puan Hafizah binti Ahmad Pua’at kerana telah banyak membantu sehingga penganjuran kali ini berjaya dijalankan dengan cemerlang serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum majlis berakhir, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar sempat memberi tanggungjawab kepada Pusat Kesihatan Universiti sebagai penganjur Majlis akan datang.

 

Penghargaan Pengarah HEP kepada Staf yang bertugas

 

 

Disediakan oleh:

Shazura Azreen binti Abu Kasim & Hazly bin Ja’apar

Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia,
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur.

Tel: 013-3637696 / 019-3139163
Emel:  shazura.kl@utm.myhazly.kl@utm.my

Explore More