Disember 19, 2024

Bermula dari 17 Jun sehingga 19 Jun 2020 lalu, telah berlangsung Minggu Mesra Mahasiswa (3M) bagi pelajar Diploma Ambilan Jun Sesi 2020/2021 iaitu selama tiga hari berturut-turut di Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur (UTMKL).

Disebabkan pasca Covid-19, program 3M ini telah dilangsungkan secara dalam talian melalui laman portal yang telah dibangunkan sendiri oleh staf Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) bersama pelajar-pelajar kanan di kampus tersebut.

Pihak HEP UTM KL telah memilih Dewan Banquet dan Dewan Jumaah di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid sebagai ruang operasi bagi menjalankan program dalam talian untuk memastikan program dapat dijalankan dengan lancar dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak OSHE.

Dianggarkan seramai 360 pelajar dari seluruh Malaysia termasuk pelajar Sabah dan Sarawak yang mendaftar sebagai pelajar Diploma telah mengikuti semua program E-Orientasi berkonsepkan Portal Selamat Datang Mahasiswa/Mahasiswi tersebut.

Portalyang telah dibangunkan oleh Pihak HEP UTMKL sejak dua bulan yang lalu tersebut meliputi aspek pengenalan Mahasiswa/Mahasiswi kepada fasiliti yang terdapat di kampus UTMKL, fungsi Pejabat HEP kepada pelajar, sistem pembelajaran secara dalam talian, aktviti bersama pelajar kanan, dan taklimat dari pihak tertinggi Universiti.

Pada hari pertama berlangsung taklimat ibu bapa secara dalam talian, taklimat dari Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar serta dari Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Durrishah Idrus dan diakhiri dengan taklimat oleh Pro-Naib Canselor UTM KL, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin.

Kata alu-aluan Selamat Datang Ke UTM KL kepada Mahasiswa/Mahasiswi secara langsung diadakan di Dewan Jumaah

 

Pro-Naib Canselor UTM KL, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin (kiri) semasa sesi taklimat secara dalam talian

Walaupun berada di rumah masing-masing, Mahasiswa/Mahasiswi tersebut tidak terkecuali melakukan aktiviti sukan bersama pelajar kanan yang telah dilantik oleh Pejabat HEP UTMKL sebagai Krew 3M.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Krew 3M tersebut telah dirangka bersama dengan Pusat Kecemerlangan Sukan UTMKL.

Acara yang ditawarkan seperti Virtual 5K Run, Aerodance & Tabata, Battlegrounds Mobile dan Virtual Fitness Challenge. Hadiah diberikan secara wang tunai kepada pemenang beserta sijil.

 

E Sports Aktiviti
Aktiviti sukan dalam talian diteruskan pada waktu malam
Program berbentuk larian.
Mahasiswa/Mahasiswi perlu memuat turun aplikasi yang membolehkan mereka menyertai larian ‘Virtual 5K Run’

Pada hari kedua pula, sesi bersama Pihak Pentadbiran UTMSPACE dan Pentadbir Akademik. Taklimat tersebut berakhir dengan sesi soal jawab Mahasiswa/Mahasiswi bersama dengan pegawai pegawai Universiti yang terlibat secara langsung sepanjang pengajian mereka di dalam kampus.

Pada hari ketiga, talian diteruskan dengan sesi UTM Global Talent, iaitu satu program khas yang diadakan bagi mengenalpasti bakat Mahasiswa/Mahasiswi baharu.

Melalui program tersebut juga, pelajar mampu membina keyakinan diri, serta berkomunikasi dengan baik pada masa akan datang.

Majlis tersebut telah diadakan secara langsung dengan menggunakan laman rasmi Youtube Channel HEP UTMKL dengan dihadiri oleh Dato’ Naib Canselor UTM sendiri. Program tersebut bukan sahaja mendapat perhatian Mahasiswa/Mahasiswi yang baru mendaftar sahaja malah pelajar pelajar kanan UTMKL.

Selamat Datang Mahasiswa/Mahasiswi
Takilmat dalam talian bersama Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman, CEO UTMSPACE

Selamat Datang Mahasiswa/Mahasiswi

 

‘‘’Tingkatkan aktiviti yang menarik, bermotivasi dan berinspirasi’’ dan ‘’Mempunyai program untuk semua mahasiswa dan mahasiswi berkenalan’’

Begitulah komen dari pelajar jurusan Sains Komputer (Teknologi Maklumat) yang telah menyertai semua aktiviti orientasi secara dalam talian sepanjang tiga hari tersebut.

 

Explore More