November 22, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Sesi pendaftaran pelajar baharu bagi Program Diploma Semester 1, Sesi 2020/2021, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat sejarah unik apabila diadakan secara norma baharu.

Seramai 340 pelajar yang mendaftar di Universiti Teknologi Malaysia semalam menjalani Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) secara maya bermula pada 17 – 19 Jun 2020.

Sepanjang program yang dipanggil ‘E-orientation’ tersebut dijalankan, kesemua taklimat yang sebelum ini diadakan secara berdepan, diadakan dengan cara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan pelajar akan menggunakan laman webex di kediaman masing masing,

Taklimat dan sesi engagement tersebut melibatkan Majlis Amanat Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Sesi Ramah Mesra Bersama Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof Dr Durrishah binti Idrus serta Sesi Bersama Pro-Naib Canselor (UTM Kuala Lumpur), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin pada hari pertama MMM.

Taklimat dan sesi engagement bersama Naib Canselor UTM

Antara pelajar yang menyertai Sesi Ramah Mesra Bersama Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof Dr Durrishah binti Idrus

Pada hari kedua MMM, pelajar diberi taklimat oleh Pengurusan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSpace) dan beberapa Pusat Tanggungjawab lain seperti Perpustakaan UTM, Pusat Kesihatan Universiti dan lain-lain.

Pelajar dan ibu bapa diberi taklimat oleh Dekan SPACE, Prof. Dr Othman Bin Che Puan

Selain itu, aktiviti sukan turut diadakan dipanggil Virtual Fitness Challenges serta Virtual 5km Run iaitu aktiviti sukan secara maya.

Ini kerana demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan susulan penularan wabak pandemik Covid-19.

UTM mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma bagi Sesi 2020/2021.

Semoga cemerlang menjadi sanjungan bangsa.

 

Explore More