April 28, 2024

Search
Close this search box.

“Awak bidang Sains Sukan dan Sains Kesihatan kenapa tiba tiba ambik kursus Occupational Safety and Health Officer?”

Soalan yang ditanya kepada penyelidik semasa mengambil kursus OSHE selama sebulan. Sebelum penyelidik mendaftar kursus ini, bidang kajian penyelidik adalah di dalam pencegahan kecederaan dan rehabilitasi sukan.

Penyelidik amat faham tentang kepentingan dan keperluan safety di dalam apa jua perkara. Malahan pengalaman penyelidik dan rakan rakan yang terlibat dalam bidang sukan boleh dijadikan iktibar buat semua pihak. Ia akan lebih jelas dan mudah difahami sekiranya seseorang atlet itu pernah mendapat rawatan kecederaan sukan yang kronik.

Penyelidik adalah merupakan ahli sukan semasa sekolah rendah dan sekolah menengah. Akibat terlebih bersukan sijil penyelidik terhadap sukan amat cemerlang walaubagaimanapun sijil pelajaran amat mengecewakan.

Semasa di kampung di hadapan rumah penyelidik terdapat sebuah padang bola sepak. Jadi ia memudahkan penyelidik untuk selalu turun bermain bolasepak bersama rakan seperjuangan.

Atas minat yang mendalam dalam bola sepak penyelidik mendaftar kelas tuisyen di bawah persatuan pembangunan bola sepak perak iaitu kendalian Jurulatih dan bekas kapten malaysia Abdullah Yeop Nordin.

Setiap minggu pasti akan bersama-sama rakan sepasukan menyertai kejohanan – kejohanan tempatan walaupun hadiah tidak lumayan tapi yang pasti puas kerana minat.

Semasa menceburi bidang sukan, penyelidik mengetahui tentang Personal Protective Equipment (PPE) for safety, dalam arena sukan ia dipanggil keperluan alat sukan seperti pelindung betis kaki, stokin tinggi, kasut sukan, tapak kasut yang sesuai dengan posisi sukan, pelindung kepala untuk sukan rugbi, pelindung alat kelamin, kinesio taping dan lain-lain lagi.

Semasa dalam latihan sukan, sesetengah kelab dan pasukan akan mewajibkan atlet memakai kelengkapan keselamatan tersebut untuk membiasakan diri dalam suasana pertandingan sebenar dan perlindungan buat atlet semasa berlatih sukan. Malahan ada sukan – sukan tertentu memberi pendedahan dan taklimat keselamatan penggunaan alatan terlebih dahulu sebelum berlatih kerana ia mempunyai risiko yang tinggi seperti memanah, menembak, wall climbing dan lain lain.

GAMBARAJAH 1 : HIERARCHY CONTROL

Seterusnya, dalam aktiviti sukan, kemudahan fasiliti sukan adalah sangat penting. Sebagai contoh, jika padang tempat bermain dan berlatih tersebut mempunyai lopak atau lubang, gelanggang mempunyai bucu tajam, alat tiang yang tidak kukuh, kawasan tempat kilat dan lain lain lagi ia akan membolehkan kecederaan mudah berlaku kepada atlet.

Malahan pernah keluar di dada surat akhbar tiang gol terjatuh hempap kepala pemain dan kilat menyambar pemain semasa bermain di padang bolasepak menyebabkan kemalangan maut. Itu hanyalah yang tersurat dan yang tersirat berapa ramai pemain mendapat kecederaan lutut yang kronik semasa bermain dan berlatih kerana padang berlopak dan berlubang, kecederaan tapak kaki berdarah kerana kawasan padang berbatu dan paling merbahaya sekali apabila melibatkan hentakan kepala di gelanggang tempat latihan.

GAMBARAJAH 2 : KERATAN AKHBAR MAUT DI TIMPA TIANG GOL

Dalam bidang safety ia disebut sebagai Incident Prevention ataupun Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control (HIRARC). Ia di mana Pegawai OSHE akan mengisi borang HIRARC dan mencadangkan sama ada penghapusan, penggantian, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan kelengkapan perlindungan diri.

Sekiranya tidak dipatuhi, ia boleh dikenakan hukuman denda dan penjara. Ironinya, jika ditanya dalam bidang sukan pula, jurulatih akan sentiasa menasihati kepada pemain, main berhati-hati, jangan rosakan kawan sepasukan semasa latihan.

Manakala pihak pengurusan sukan akan berkata hanya ini kemudahan sukan yang mampu kita sediakan, jika ingin guna, teruskan jika tidak, boleh pulang. Yang lebih sadis, atlet akan terus berlatih berjuang tanpa banyak soal kerana minat walaupun risiko adalah tanggungan dan tanggungjawab sendiri

GAMBARAJAH 3 : HIRARC FORM

Selain itu, dalam bidang Health and Safety, faktor Ergonomic and Risk Factor adalah perkara yang dititik beratkan. Langkah pengenalpastian  faktor risiko ergonomik terbahagi kepada dua iaitu Pendekatan Proaktif dan Pendekatan Reaktif. Pendekatan Proaktif adalah melibatkan penilaian sendiri oleh pekerja, pemeriksaan oleh orang yang terlatih dan semakan rekod. Manakala Pendekatan Reaktif pula adalah melibatkan aduan penyakit pekerjaan dan kecederaan yang berkaitan dengan isu ergonomik ataupun arahan / permintaan doktor kesihatan pekerjaan dan pihak berkuasa DOSH.

Keperluan Ergonomik adalah untuk mengatasi kecederaan otot dan tulang untuk suatu tempoh jangka masa panjang kerana ia boleh menyebabkan stress, sakit dan kecederaan kepada pengguna. Tujuan ergonomik adalah untuk meningkatkan keselesaan pengguna dan produktiviti pekerja.

GAMBARAJAH 4 : FAKTOR ERGONOMIK

 

Sayugia dalam sukan juga mempunyai Ergonomic and Risk Factor antaranya repetitive movement dan forcefull exertion. Untuk bidang sains sukan, subjek yang dipelajari adalah melibatkan subjek Strength and Conditioning.

Sebagai atlet adalah sangat penting untuk seseorang atlet mengetahui 1 RM (Repetition Maximum) dan HRmax (Heart Rate Maximum). Ini bagi memastikan atlet dan jurulatih mengetahui tahap kemampuan sebenar mereka. Teknik ansur maju terhadap aktiviti latihan juga diberikan semasa latihan bagi memastikan keselamatan atlet. Ansur maju adalah suatu teknik yang perlu di lakukan oleh setiap atlet dalam apa jua latihan sukan iaitu dari ringan ke berat, perlahan ke laju dan aktiviti dari yang mudah ke susah. Atlet juga perlu memahami Range of Motion (ROM) dan Postur yang betul semasa melakukan lakuan sukan bagi mengelakan kecederaan berlaku. Postur dan teknik yang betul juga akan membantu prestasi  sukan atlet.

Selain itu, OCCUPATIONAL & PSYCHOLOGY STRESS juga perkara yang perlu dipertimbangkan dalam aktiviti bekerja. Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti tekanan bekerja, kerja lebih masa, kerja shif, diskriminasi pekerjaan, gangguan seksual, buli, dadah dan lain-lain. Ia adalah perkara yang termaktub dalam Occupational Safety and Health.

Ia dipanggil Psychological Hazard dan perlukan kawalan supaya ia tidak menjadi lebih teruk sehingga kepada penyakit tekanan mental. Sebaliknya ia berbeza dengan sukan di mana aktiviti sukan itu sendiri dilakukan bagi menangani PSYCHOLOGICAL STRESS. Sukan dan bersenam adalah satu platform untuk menangani stress. Ini kerana semasa aktiviti sukan dilakukan Hormon Endorfin dan Hormon Serotonin terhasil.

Atlet sukan pasti pernah merasai dan memahami sekiranya dalam sehari tidak turun berlatih seakan tidak lengkap hari itu. Ini kerana hormon Endorfin boleh membuatkan kita rasa gembira, ianya dirembeskan sewaktu kita bersenam ataupun bersukan manakala hormon serotonin berfungsi untuk mengurangkan stress dan membuatkan kita gembira. Hormon ini dirembeskan bila kita terdedah pada cahaya matahari, makan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan bersenam.

GAMBARAJAH 5 : PSIKOSOSIAL DI TEMPAT KERJA

Kesimpulannya, pada era 2020 ini, merentas bidang itu adalah satu keperluan malahan kerjasama antara bidang yang berlainan juga adalah satu kepastian yang akan memberi nilai tambah yang lebih bermakna kepada sesuatu perkara. Apa yang paling susah adalah menghormati kepentingan setiap bidang dan mengenal pasti apakah norma satu bidang itu.

Tindakan pukul rata terhadap semua bidang itu adalah kebiasaan. Kebiasaan yang selalu dilakukan belum tentu satu perkara yang memberi manfaat.

Akhir kata, PKP adalah saatnya untuk lebih banyak bersyukur karena masih diingatkan untuk berhati-hati melangkah. Bersyukur kerana ternyata kita diberi peringatan agar tak mengulangi kesalahan yang sama. Bersyukur karena kita masih diberi hidup untuk di manfaatkan sebaik-baiknya.

Kerana Tuhan untuk Manusia dan Majulah Sukan untuk Negara.

 

GAMBARAJAH 6 : Kejadian kebakaran di bilik UPS bgn V01

GAMBARAJAH 7 : Carta Organisasi JKKP V01

GAMBARAJAH 8 : Emergency Response Team V01

Penulis Artikel :

Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip

Health and Safety Executive SKBSK

Pensyarah Kanan

Jabatan Klinikal Sains dan Teknologi Sukan

Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

(012501-5090)

 

Explore More