April 28, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 11 Feb. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memenangi dua anugerah di Majlis Apresiasi Pelanggan & Pengurusan Tunai (DCM) anjuran Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Wilayah Selatan.

Dalam majlis yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton itu, UTM telah diumumkan sebagai pemenang Tempat Pertama bagi kategori ‘Top Cash Management Solutions Subscriber 2019’ dan juga Tempat Kedua dalam kategori ‘The Highest Growth in 2019 (Receivable Solution).

Kategori ‘Top Cash Management 2019’ menyaksikan UTM mendapat tempat pertama diikuti oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di tempat kedua dan juga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di tempat ketiga.

Bagi kategori ‘The Highest Growth in 2019 (Receivable Solutions)’ pula telah dijuarai oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan diikuti oleh UTM di tempat kedua dan juga Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di tempat ketiga.

Hadir menerima kedua-dua anugerah ini adalah Akauntan Kanan, Unit Pengurusan Tunai & Pelaburan, Nurafitri Buradi mewakili Bendahari UTM, Abu Bakar Mohd Saleh.

Nurafitri yang ditemui selepas majlis itu berkata asas pemilihan yang digunakan oleh BIMB untuk menentukan setiap pemenang adalah berdasarkan jumlah penggunaan sistem pembayaran dan penerimaan pengurusan tunai bank itu.

“UTM terpilih sebagai pemenang kerana kadar penggunaan yang tinggi terhadap portal bayaran BIMB seperti sistem Autodebit dan Autokredit bagi bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Antara unit-unit yang aktif menggunakan portal perbankan BIMB ini adalah Unit Terimaan dan Kawalan Kredit (UTKK), Seksyen Kewangan Pelajar (SKP) dan Unit Pengurusan Tunai dan Pelaburan (UPTP).

Pejabat Bendahari juga menggunakan sistem Financial Process Exchange atau FPX bagi membuat pembayaran yuran pelajar dan eBanker iaitu portal perbankan internet BIMB bagi lain-lain urusan kewangan pelajar.

Selain Pejabat Bendahari, terdapat juga beberapa Pusat Tanggungjawap (PTJ) lain yang menggunakan portal bayaran yang dibangunkan oleh BIMB iaitu Scholar’s Inn. Kesemua pemenang menerima hadiah masing-masing dari Ketua Bahagian Pengurusan Tunai dan Deposit BIMB, Mohd Noor Jab.

Tahniah UTM!

Nurafitri (tiga kanan) menerima anugerah kemenangan dari Ketua Bahagian Pengurusan Tunai dan Deposit BIMB, Mohd Noor Jab di Hotel Double Tree Hilton, Johor Bahru.

Kedua-dua anugerah yang dimenangi oleh UTM.

Explore More