November 22, 2024

Search
Close this search box.

Pameran Fotografi “Dari Sudut Mataku” Gamit Memori Sedekad UTM

Bersempena dengan Majlis Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2020, Kelab Foto Staf UTM (KFS UTM) dan Perpustakaan UTM bersinergi mengadakan Pameran Fotografi bertajuk “Dari Sudut Mataku”.

Menerusi pameran ini juga, jurufoto KFS UTM berkongsi sudut pandang lensa mereka untuk sama-sama dihayati oleh seluruh warga kampus.

Pameran yang memaparkan pelbagai gambar pemandangan menarik di sekitar kampus sekitar tahun 2010-2020 tersebut menggamit pelbagai memori pengunjung kerana setiap gambar dan moment yang dirakam menyimpan 1001 kenangan bagi mereka sebagai warga UTM.

Pameran ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Ir Dr Wahid bin Omar pada hari yang sama di Dewan Sultan Iskandar dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 2000 warga UTM.

Rata-rata pengunjung teruja untuk melihat lebih banyak lagi hasil seni ini pada masa akan datang.

Acara sama pernah dianjurkan 2 tahun sebelum ini yang mana merupakan wadah menginterpretasi jati diri DNA staf UTM melalui hasil seni fotografi bidikan mereka

Menurut Presiden Kelab Foto Staf UTM, saudara Supandi Bunangin, koleksi gambar yang dipamerkan ini turut akan dijual kepada umum dengan bidaan harga serendah RM50 sekeping yang mana sebahagian keuntungannya akan didermakan melalui projek usahasama KFS UTM dan Pejabat Endownment UTM.

Menurutnya lagi, pameran ini dijangka akan ditempatkan di lokasi baharu di ruang pameran terbuka foyer Perpustakaan UTM bermula awal Februari 2020 dan bakal berlangsung selama 3 bulan.

Projek lensaDNAUTM yang menghimpunkan hampir 40 keping karya foto pelbagai genre hasil kreatif ahlinya ini diharap dapat meninggalkan memori manis kepada semua pengunjung khasnya kalangan warga UTM.

Explore More