April 27, 2024

Search
Close this search box.

UTM Naik ke tempat ke 66 UI Green Matrik World University Ranking 2017

JOHOR BAHRU, 19 Disember 2017 -Usaha berterusan mengurangkan jejak karbon bagi memastikan persekitaran mapan, hijau bebas pencemaran membuahkan hasil apabila penarafan menyaksikan kedudukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat ke tangga ke 66 berbanding tahun lalu.

Pada tahun 2016 UTM berada pada kedudukan 85 dunia berbanding 516 universiti di seluruh dunia. Pada tahun ini bilangan universiti yang terlibat dalam UIGM bertambah kepada 619 dari seluruh dunia.

Penarafan 2017 menyaksikan universiti di benua Eropah dan Amerika Utara mengungguli carta penarafan UI Green Matric dengan Waginegen University & Research dari Belanda menduduki tempat teratas.

Galakan menggunakan basikal di dalam kampus aalah langkah untuk mengurangkan pencemaran.

Di Asia, Shandong Normal University, China menduduki tempat pertama di ikuti oleh Universiti Indoneisa di tempat kedua dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat ketiga.

Penarafan UI Green Matric adalah merupakan inisiatif Universiti Indonesia (UI) yang dilancarkan pada tahun 2010 sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan kedudukannya di peringkat antarabangsa.

UI telah menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa pada World University Rankings pada 16 April 2009.

Kawasan kampus yang diliputi pokok yang menghijau dan tasik.

Tujuan penarafan ini adalah untuk memberikan hasil kajian dalam talian mengenai keadaan dan dasar semasa yang berkaitan dengan kampus hijau dan kemapanan di universiti di seluruh dunia.

Kempen Car Free Day adalah inisiatif untuk mengurangkan jejak karbon di UTM.

Penilaian yang dibuat berdasarkan kepada menilai usaha kelestarian alam sekitar yang membabitkan lebih daripada 40 indikator meliputi enam skop utama iaitu infrastruktur (15%), tenaga dan perubahan cuaca (21%), sisa buangan (18%), air (10%), pengangkutan (18%) dan pendidikan (18%).

Data dalam bentuk angka dari universiti di seluruh dunia dikumpul dan diroses untuk mencadapatkan skor tunggal yang mencerminkan usaha yang dilakukan oleh institusi berkenaan dalam melaksanakan dasar dan program mesra alam dan mampan.

Antara data yang dinilai ialah elemen pelaksanaan bangunan hijau, program pelepasan gas rumah hijau, nisbah jejak karbon ke atas jumlah warga kampus, nisbah penggunaan elektrik ke atas jumlah warga kampus, bajet universiti untuk usaha kemapanan, kawasan kampus yang diliputi hutan, program kitar semula dan banyak lagi.

 

Explore More