November 26, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 13 November 2017 – Komitmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Majlis Santapan Diraja – UTM Royal Gala Dinner 2017 bagi mengumpul dana untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan berjaya memperoleh sumbangan kewangan RM2.5 juta, termasuk sumbangan khusus JohorPort kepada Endowmen UTM sebanyak RM1 juta.

DYMM Raja Zarith Sofiah melancarkan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir Dr Wahid Omar, berkata, sumbangan itu akan disalurkan ke Tabung UTM Cares sebagai dana untuk diagihkan kepada mahasiswa yang memerlukan, sama ada melalui pemberian biasiswa atau bantuan kewangan bagi membiayai kos keperluan pengajian.

Beliau berkata, UTM menganjurkan majlis julung kali itu sebagai menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat bagi meringankan beban pelajarnya.

Pengerusi Johor Port, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh menyampaikan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar.

Katanya, UTM juga mahu memberi peluang kepada individu dan pihak luar menyumbang bagi meningkatkan keupayaan universiti membantu pelajar, selain meningkatkan motivasi penerima untuk meneruskan pengajian dengan lancar.

Pengerusi Yayasan Muhibah, Tan Sri Fng Ah Seng menyampaikan sumbangan berjumlah RM120 ribu.

“Sumbangan ini diterima daripada badan korporat, organisasi swasta, individu, persatuan, yayasan, alumni, staf dan pelajar universiti,” katanya ketika berucap pada majlis itu di Dewan Residensi UTMKL 11 November 2017 yang lalu.

Permaisuri Johor selaku Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.

Dato Dr Shahir Nasir dari Ranhill Holdings Berhad menyerah sumbangan bernilai RM120 ribu.

Turut hadir Pro Canselor Tan Sri Salleh Mohd Nor, Tan Sri Dr Lin See-Yan, Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir dan Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Halim Ali dan pasangan masing-masing.

Tetamu menyaksikan persembahan kebudayaan oleh mahasiswa UTM.

Baginda turut berkenan menerima replika cek yang disampaikan yang disampaikan individu dan wakil setiap penyumbang.  Selain itu, baginda turut berkenan menerima replika cek sumbangan khusus JohorPort kepada Endowmen UTM yang telah diserahkan oleh Pengerusi JohorPort, Datuk Seri Che Khalib  Mohamad Noh.

 

Jualan meja

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Majlis Santapan Diraja-UTM Royal Gala Dinner 2017, Prof. Madya Dr. Yusof Boon, berkata sumbangan tersebut diperoleh hasil penjualan meja.

Katanya, penjualan meja tersebut melibatkan lima jenis nilai meja, iaitu Premier pada harga RM120,000, Platinum (RM80,000), Emas (RM60,000), Perak (RM35,000) dan Gangsa (RM15,000).

Antara syarikat dan pihak  yang menyumbang dengan pembelian meja sempena majlis tersebut adalah:

Premier:

  1. Ranhill Holdings Berhad
  2. Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng
  3. YTL Corporation Berhad

PLATINUM

  1. Rezekee
  2. Malaysia Building Society Bhd (MBSB)
  3. UEM Group

GOLD

  1. Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
  2. Sapura Kencana Petroleum Berhad
  3. Mangkubumi Sdn Bhd
  4. School of Professional and Continuing Education (UTMSPACE)

SILVER

  1. Astaka Padu Sdn Bhd
  2. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
  3. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)
  4. Asia Baru Construction Sdn Bhd
  5. Persatuan Alumni UTM

 

 

Explore More