November 26, 2024

Search
Close this search box.

100 ketua eksekutif industri sertai Mesyuarat FIMAC di UTM

JOHOR BAHRU, 7 November 2017 –  Seramai 100 Ketua Eksekutif industri dan pegawai kanan agensi kerajaan menghadiri  mesyuarat Futuristic Iskandar Malaysia Advisory Council (FIMAC) di Universiti teknologi Malaysia, hari ini.

Prof. Amran Hamzah (kiri), Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim dan Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail ketika sesi pembentangan di mesyuarat FIMAC.

Mesyuarat anjuran Iskandar Regional Development Advisory (IRDA) dengan kerjasama Centre for Innovation Planning & Development (CIPD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berlangsung di Dewan Konvensyen B12, Fakulti Alam Bina (FAB).

Pengerusi FIMAC merangkap Pengarah CIPD, Prof. Amran Hamzah berkata, mesyuarat itu berlangsung selama tiga kali bertempat di Forest City, Frost & Sullivan dan UM Land.

“Disebabkan Pengerusi FIMAC adalah seorang Profesor UTM, maka universiti ini telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada mesyuarat kali keempat ini.

“Pada sesi pembukaan mesyuarat, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail telah memberikan penerangan ringkas mengenai UTM serta kepakaran yang boleh ditawarkan kepada industri dan masyarakat,” katanya.

Menurut Prof. Amran, UTM mengambil peluang berkenaan untuk mempromosikan kepakaran berkaitan Smart & Sustainable City melalui pembentangan oleh wakil Pengarah Research Institute of Sustainable Environment (RISE), Prof. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi dan Pengarah Media and Geme Innovation Centre of Excellence (MagicX), Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizal Sunar.

“Secara keseluruhannya, mesyuarat kali ini telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkenal, mempromosi dan mengeratkan lagi jaringan bersama pihak industri serta pelbagai agensi kerajaan dengan pihak UTM,” katanya.

Pihak IRDA juga telah memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Smart City Consortium of Hong Kong (SCCHK) semasa perasmian laman web FIMAC di majlis yang sama.

Memorandum ini ditandatangani sebagai langkah persediaan oleh pihak IRDA dalam menjadikan Iskandar Malaysia sebagai sebuah kota pintar (smart city) di masa hadapan.

 

 

 

Explore More