November 22, 2024

Search
Close this search box.

Pendaftaran pelajar baru lancar

JOHOR BAHRU, 4 September 2017 – Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar turun padang meninjau proses pendaftaran pelajar baru di lima daripada lapan pusat pendaftaran yang dibuka seawal jam lapan pagi.

Prof. Dr Azlan dan Prof. Madya Dr Abdullah Sani menyambut ketibaan Datuk Wahid di Kolej Rahman Putra.

Datuk Wahid memulakan lawatan ke Kolej Rahman Putra (KRP) pada jam 9.30 pagi dan disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Profesor Dr Azlan Abdul Rahman dan Pengetua Kolej, Prof. Madya Dr Abdullah Sani Ahmad.

Dalam sidang media, Naib Canselor mengumumkan seramai 6,101 calon ditawarkan untuk mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah di UTM.

Beliau berkata, proses [endaftaran berjalan lancar dan pendaftaran pelajar kali ini menunjukkan peningkatan bilangan pelajar termasuk pelajar antarabangsa.

Menurutnya, UTM mempunyai kemudahan penginapan yang mencukupi bagi menampung keperluan semua pelajar dan akan terus meningkatkan kemudahan yang sedia ada untuk keselesaan pelajar.

Selepas menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan ibu bapa dan pelajar, beliau mengadakan sidang di media sebelum berbasikal ke Kolej Tun Fatimah (KTF), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), dan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO).

Pada pendaftaran kali ini, setiap pusat pendaftaran diketuai oleh seorang ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) untuk menyambut dan merai kedatangan pelajar baru dan ibu bapa.

Sementara itu, Pusat Islam UTM menyediakan 500 bungkus nasi biryani secara percuma kepada ibu bapa dan pelajar.

Datuk Wahid mengalu-alu kedatangan ibu bapa yang menghantar anak ke UTM.
Proses pendaftaran berjalan lancar kerana setiap pelajar diminta hadir pada waktu yang ditetapkan untuk mengelak kesesakan.
Datuk Wahid menaiki basikal untuk ke pusat pendaftaran.
Melawat pusat pendaftaran di Kolej Tun Fatimah.
Melawat pusat pendaftaran di Kolej Tuanku Canselor.

Explore More