November 23, 2024

Search
Close this search box.

Iftar Ramadan KDOJ UTM Johor Bahru ceria

UTM Johor Bahru, 21 Jun: Kolej Kediaman Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru telah menganjurkan program Iftar Ramadan KDOJ UTM Johor Bahru pada 15 Jun 2017 lalu.

Pengetua KDOJ UTM Johor Bahru, Lt Kol Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan berkata program Iftar Ramadan KDOJ adalah antara  program tahunan yang diadakan di KDOJ, UTM Johor Bahru. Program seumpama ini adalah sebagai satu usaha untuk menyemarakkan aktiviti di bulan ramadan. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf, pentadbiran dan para pelajar. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama antara pihak pengurusan KDOJ, Majlis Perwakilan Kolej (CRC), barisan felo dan para pelajar KDOJ UTM Johor Bahru.

Persiapan telah dilakukan beberapa hari oleh barisan pimpinan CRC KDOJ UTM Johor Bahru. Ianya turut dibantu oleh pihak pengurusan KDOJ UTM Johor Bahru. Majlis berbuka puasa turut dihadiri oleh anak-anak staf KDOJ UTM Johor Bahru, hampir 40 orang telah hadiri pada majlis tersebut. Program solat maghrib berjemaah turut diadakan di surau blok kediaman pelajar. Pelbagai juadah telah disediakan, antaranya nasi hujan panas, popia, kuih muih, mee goreng, kek, buah-buahan dan minuman.

Explore More