November 23, 2024

Search
Close this search box.

Canselor berbuka puasa bersama mahasiswa UTM

JOHOR BAHRU, 11 Jun 2017 – Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), DYMM Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama mahasiswa di Masjid Sultan Ismail UTM Skudai, hari ini.

DYMM Raja Zarith Sofiah berbual dengan pegawai kanan UTM sementara menanti waktu berbuka.

Ketibaan baginda disambut oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Zainuddin Abdul Manan, Pengarah Pusat Islam UTM, Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam serta pegawai kanan universiti.

Kira-kira 1,900 mahasiswa dan warga kampus menghadiri majlis berbuka puasa bersama baginda yang diadakan di ruang bawah masjid.

Profesor Wahid mengiringi DYMM Raja Zarith Sofiah untuk bersama warga UTM berbuka di ruang bawah Masjid Sultan Ismail.
Warga UTM yang hadir untuk berbuka puasa bersama Canselor UTM DYMM Raja Zarith Sofiah.
Profesor Wahid menyampaikan watikah perlantikan semula DYMM Raja Zarith Sofiah sebagai Canselor UTM dari Yang Dipertuan Agong.
Anak salah seorang pelajar UTM dari Timur Tengah tidak ketinggalan untuk bergambar bersama DYMM Raja Zarith Sofiah.

Baginda turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan beramah mesra dengan warga UTM sebelum berangkat pulang.

Explore More