November 23, 2024

Search
Close this search box.

Dana Wakaf Pendidikan UTM kumpul lebih RM1 juta

JOHOR BAHRU, 5 JUN 2017 – Dana Wakaf Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mengumpul RM1,040,000 berikutan peningkatan bilangan staf yang membuat sumbangan menerusi potongan gaji.

Haji Mutalib (lima dari kiri) bersama wakil UTM dan MAIJ di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Pengarah Wakaf UTM, Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Mustari berkata, bilangan staf yang membuat sumbangan melalui potongan gaji meningkat kepada 485 orang dengan kutipan berjumlah RM20 ribu setiap bulan.

Menurutnya, sejak diberi kelulusan sebagai Nazir Wakaf bermula Disember tahun lalu, pihaknya telah berjaya mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Dana Wakaf Pendidikan UTM Bil. 1/2017, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Haji Abdul Mutalip Abd Rahim di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Nooh Gadut, Mufti Negeri, Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin,  Timbalan Mufti, Dato’ Haji Yahya Ahmad,  Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Haji Rofiki Hj. Dato’ A. Shamsuddin dan Pakar Wakaf, Ustaz Selamat Hashim.

Pegawai Kanan UTM yang turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Azlan Abdul Rahman, Pemangku Bendahari, Haji Abu Bakar Mohd Salleh, Pengarah Wakaf, Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Mustari (Pengarah Wakaf UTM) dan Timbalan Pengarah Wakaf, Ustaz Mustapahayuddin Abdul Khalim.

“Kehadiran Exco, Penasihat Agama, Mufti dan pegawai kanan MAIJ membuktikan hubungan dan kerjasama baik antara UTM dengan pihak berkuasa MAIJ dalam usaha memajukan umat Islam di negeri ini khususnya, dalam bidang pendidikan,” katanya.

 

 

 

 

 

Explore More