April 29, 2024

Search
Close this search box.

UTMKL Meriah Dengan Kehadiran Pelajar Baharu

Kuala Lumpur 31 Mei 2016 : Pendaftaran mahasiswa baharu Program Diploma UTM bagi sesi Akademik 2017/2018 Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) telah berlangsung di Kolej Siswa Jaya. Seramai 644 telah mendaftar bagi sesi ini.

Pelbagai pengisian sempena Program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) telah disusun bagi  membantu  mahasiswa baharu mengharungi kehidupan di kampus dan dunia akademik pengajian tinggi.  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd. Aziz  telah  merasmikan Program 3M dalam Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni dan Bacaan Ikrar.  Bersempena bulan Ramadan, turut diadakan Program Ramah Mesra & Iftar bersama Pengurusan Tertinggi UTM dan juga bersama Pro Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur).  Minggu Mesra Mahasiswa ini berakhir dengan Majlis Dialog Transformasi Nasional (TN50) oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Razali Hj. Ibrahim.

Explore More