April 27, 2024

Search
Close this search box.

Konvokesyen ke 58: 2,842 graduan menerima ijazah, diploma

JOHOR BAHRU, 29 April 2017 – Seramai 2,842 orang graduan menerima Diploma dan Ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen ke-58 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berlangsung selama dua hari, mulai hari ini.

Canselor UTM DYMM Raja Zarith Sofiah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Canselor Dr Muhammad Khalis.

Daripada jumlah itu, 366 adalah penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 852 Ijazah Sarjana, 725 Ijazah Sarjana Muda dan 88 Diploma, termasuk 811 graduan Program Kerjasama.

Profesor Emeritus Takeshi Matsura menyampaikan ucapan selepas dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat  Kejuruteraan.
Profesor Emeritus Dr Md Nor Musa.
Profesor Emeritus Dr Mohamed Amin Alias.

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 313 daripada penerima adalah graduan antarabangsa dari 28 buah negara. Iran mencatat jumlah yang paling ramai dengan 75 orang graduan diikuti oleh Nigeria-43 dan Indonesia-38.

Sementara itu, graduan PhD (Fizik), Muhammad Khalis Abdul Karim dari Fakulti Sains dan graduan PhD (Remote Sensing), Syarifuddin Misbar dari Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT) menerima Anugerah Canselor.

Anugerah Pro-Canselor pula diberikan kepada tujuh orang graduan iaitu Asma Khalid PhD (Matematik), Ahmed Mohammed Mohammed Al-Saman PhD (Kejuruteraan Elektrik), Marlissa Omar Sarjana Falsafah (Teknik dan Vokasional), Lam Ming Quan Sarjana Sains (Bioteknologi), Tang Jun Siang Sarjana Sains (Matematik Kejuruteraan), Ayad Ahmed Ebrahim Al-Mahturi Sarjana Kejuruteraan (Mekatronik dan Kawalan Automatik), dan Lailatul Akmal Abdul Rauf Sarjana Kejuruteraan (Elektrik Kuasa).

Di samping itu, UTM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan kepada Profesor Emeritus Takeshi Matsuura di atas sumbangan besarnya dalam bidang membrane kepada UTM dan juga komuniti global.

Beliau penah berkhidmat di Profesor pelawat di Pusat Teknologi Membran Termaju (AMTEC) di UTM Skudai pad atahun 2007 dan 2009 hingga 2016.

Selain itu UTM juga menganugerahkan gelaran Professor Emeritus kepada mantan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan UTMSPACE, Dr Md. Nor Musa dan Dr Mohamed Amin Alias dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik atas sumbangan dan bakti mereka kepada UTM.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Canselor UTM Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor pada sesi pertama.

Explore More