Mei 1, 2024

Search
Close this search box.

Kumpulan UTM PRIMA menang Emas Konvensyen Mini Team Excellence 2017- Wilayah Tengah

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2017 – Sekalung Tahniah diucapkan kepada Kumpulan UTM PRIMA dari Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur atas kejayaan memperolehi Emas dalam Konvensyen Mini Team Excellence 2017- Wilayah Tengah yang telah berlangsung pada 28 Mac 2017 bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

Kumpulan UTM PRIMA memenangi Emas menerusi projek Proses Mengemas Bengkel Mengambil Masa Yang Lama Disebabkan Kerja Pemotongan Kayu.

Konvensyen Mini Team Excellence merupakan satu platform yang memberi peluang kepada kumpulan Team Excellence dalam mempersembahkan projek penambahbaikan mereka. Melalui projek yang dihasilkan, ia mampu memberi impak yang positif kepada organisasi serta meningkatkan imej ke tahap yang lebih tinggi.

Seramai 22 kumpulan dari sektor kerajaan mahupun swasta telah bertanding dalam konvensyen tersebut.

Diharap kejayaan Kumpulan UTM PRIMA ini  dapat mendorong PTJ – PTJ lain untuk mencatat kecemerlangan dalam apa jua aktiviti pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kumpulan UTM PRIMA!

Explore More