November 24, 2024

Search
Close this search box.

UTM laksana program “Car Free Day” kurangkan pencemaran udara

Profesor Wahid berjalan kaki menuju ke pejabat.
Anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan staf yang hadir di majlis perasmian bergambar dengan Naib Canselor.

JOHOR BAHRU, 20 Disember 2016 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan ‘Car Free Day’ bagi mengurangkan pencemaran udara dalam kampus di samping meningkatkan kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan warganya.

Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, berkata program ‘Car Free Day’ boleh memberikan impak yang besar kepada universiti dalam usahanya untuk mengurangkan pencemaran oleh asap kenderaan.

Menurutnya, semua jenis kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel dilarang daripada  memasuki kawasan Lingkaran Ilmu sejauh 2.2 kilometer mulai jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Cadangan perlaksanaan Hari Tanpa Kenderaan merupakan kaedah pertama diamalkan di bawah inisiatif Kampus Rendah Karbon berikutan dalam usaha mengurangkan pencemaran di dalam kampus.

“Program ini boleh memberikan impak besar kepada masyarakat universiti dalam usahanya untuk menambahkan kualiti udara bersih dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan “Car Free Day” di Laman Menanti, di kampus Johor Bahru, hari ini.

Yang hadir di majlis pelancaran Pengarah Pelestarian Kampus Profesor Madya Dr Mohd Fadhil Md Din, Pengarah Harta Bina profesor Dr Abd Latif Saleh, Pengarah Hal Ehwal Korporat Profesor Dr Masputeriah Hamzah, anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

Program “Car Free Day” dikendalikan oleh Unit Pelestarian Kampus dengan kerjasama Pejabar Harta Bina dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

Selepas perasmian, Naib Canselor berjalan kaki dari Laman Menanti ke Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) sebelum berbasikal mengelilingi Masjid Sultan Ismail, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Dewan Sultan Iskandar.

Bagi staf dan pelajar yang terbabit, mereka dikehendaki meletakkan kenderaan masing di empat zon letak kereta yang ditetapkan di luar Lingkaran Ilmu.

Pejabat Harta Bina menyediakan bas untuk mengangkut mereka ke pejabat dan fakulti masing-masing dengan kekerapan antara 15 dan 20 minit.

Explore More