November 24, 2024

Search
Close this search box.

4 staf UTM berkayuh di Danau Toba

JOHOR BAHRU, 13 Disember 2016 – Empat staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada Medan, Sumatera dalam misi kayuhan santai ke sekitar kawasan peranginan tanah tinggi di Danau Toba.

Berkayuh ke terminal feri selepas selesai pemeriksaan kastam di Pelabuhan Kelang.

Mereka terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) Shahrul Ismail, Ketua Juru Ukur Bahan Haji Ahmad Zulkepli Md Tamami, Penolong Jurutera Moktar Sahiman dari Pejabat Harta Bina dan Penolong Pengurus Asrama Hamdan Abd Ghani.

Turut serta mantan Pembantu Arkitek Kanan Pejabat Harta Bina, Abdul Hamid Abdul Rahman dan isteri.

Berkayuh pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut dari Tele menuju ke daerah Pengururan.
Moktar (kiri) dan Haji Zulkepli menikmati pemandangan Tasik Danau Toba pada hari pertama.

 

Sharul (kiri) dan rakan berehat di persimpangan menuju Pusuk Buhit (puncak bukit) tertinggi di Samosir.
Melalui kawasan perkampungan kaum Batak untuk menuju ke air terjun Nai Sogop.

 

Selepas penat berkayuh mereka berkelah di air terjun Nai Sogop yang terletak kira-kira 15 km dari tempat penginapan di Pengururan.
Sharul membantu menolak basikal salah seorang penunggang yang tidak terdaya untuk berkayuh ke puncak bukit di ketinggian 1250 meter dari aras laut.
Penunggang basikal bersiap sedia untuk memulakan kayuhan pagi ini untuk ke Tuk Tuk sejauh 43 km.

Mereka memulakan perjalanan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada jam 8.30 pagi, 9 Disember lalu dengan menaiki kenderaan menuju ke Pelabuhan Kelang untuk bermalam di sana dan bergabung dengan 22 penunggang basikal dari Perak, Kedah, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur,  sebelum menaiki feri ke Tanjung Balai pada jam 1.00 tengahari, hari berikutnya.

Perjalanan feri dari Pelabuhan Kelang ke Tanjung Balai lewat satu jam setengah jam apabila feri yang dinaiki terpaksa ditunda berikutan mengalami kerosakan enjin kira-kira lima kilometer sebelum sampai ke Pelabuhan Tanjung Balai.

Dari Tanjung Balai, mereka menaiki bas mini selama 10 jam untuk Tele yang terletak pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut dan terkenal dengan Menara Pandang bagi membolehkan pengunjung melihat keindahan pemandangan di sekitar Danau Toba. Tele menjadi destinasi mereka memulakan kayuhan.

Sepanjang tujuh hari di sana, mereka akan berkayuh dan melawat beberapa destinasi menarik antaranya Tasik Danau Toba, Pulau Samosir yang terletak di tengah Tasik Danau Toba terbentuk hasil letusan gunung berapi, Kota Pangururan, Tomok dan Parapat.

Sementara itu, Sharul berkata, berkayuh di sekitar kawasan peranginan Danau Toba sangat mencabar kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang di samping cuaca sejuk.

“Penunggang basikal yang ingin berkayuh di kawasan tanah tinggi di sini perlu memiliki kekuatan dari segi mental dan fizikal kerana lokasinya berada di kawasan pergunungan dan tiupan angin sejuk.

“Banyak tempat dengan pemandangan menarik untuk dilawati di sini, selain dapat berkongsi pengalaman dengan penunggang basikal dari beberapa negeri yang turut serta dalam program kayuhan ini,” katanya ketika dihubungi di hari ini.

Beliau berkata, pengalaman berkayuh di Tanjung Pinang pada April tahun ini dan menyertai kayuhan Trans Balerang sejauh 168 km di Batam pada 1 hingga 4 Disember lalu banyak membantu dalam kayuhaan santai di Danau Toba.

Mereka dijangka kembali ke Malaysia pada 17 Disember ini.

 

 

Explore More