April 29, 2024

Search
Close this search box.

Datuk Seri Zaini dan NC UTM ketuai kayuhan sekitar kampus

Profesor Ali, Profesor Wahid dan Profesor Latif melihat staf KeTTHA mengisi angin tayar basikal di BCSI.

JOHOR BAHRU, 12 Disember 2016 – Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang mengetuai lebih 50 peserta dalam program berbasikal di sekitar kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pagi semalam.

Program berbasikal itu diadakan sempena kehadiran beliau ke UTM untuk merasmikan UTM Eco-Home.

Hadir sama berkayuh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Profesor Dr Noordin Mohd Yusof, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) Profesor Dr Ali Selamat, Pengarah Kanan UTM International Profesor Dr Nordin Yahaya, Mantan Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM, Profesor Dr Maketab Mohamad dan Pengarah Harta Bina Profesor Dr Abd Latif Salleh.

Datuk Seri Zaini dan rombongan meninjau Kafe Lestari di Kolej 9.

Kayuhan sejauh tujuh kilometer itu turut disertai oleh staf UTM, KeTTHA, Maalakof Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Johor (SAJ), Majlis Bandayara Johor Baru (MBJB) dan orang perseorangan.

Meninjau logi pembentungan najis berhampiran Fakulti Pengurusan.

Kayuhan bermula di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) menuju ke Kolej Darin Seri Hendon (KDSE), Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Kolej Tuanku Canselor, Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU) dan berakhir di bangunan UTM Eco-Home berhampiran Pusat Ekuin.

 

 

Explore More