Disember 19, 2024

Lotte Chemical Titan serah dua tempat menunggu bas

menerima
Profesor Wahid menerima gambar tempat menunggu bas disampaikan oleh Park Beon Jin.

JOHOR BAHRU, 5 Disember 2016 – Syarikat petrokimia yang beroperasi di Pasir Gudang Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd menghadiahkan dua buah tempat menunggu bas kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bernilai RM46,400.

Penyerahan secara simbolik itu dilakukan oleh Executive Vice Presidentnya, Park Beon Jin kepada Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar di majlis perjumpaan bulanan di Dewan Senat, hari ini.

Tempat menunggu bas berhampiran padang utama.
Tempat menunggu bas berhampiran padang utama.

Pengurus Projek UTM, Mohd Ishamuddin Md Kusmin berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat berkenaan.

“Sebelum ini syarikat berkenaan melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memberi biasiswa dan pada tahun ini mereka memilih untuk memberikan dalam bentuk fizikal,” katanya.

Tempat
Tempat menunggu bas berhampiran P07 Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang dibaikpulih.

Tempat menunggu bas yang disumbangkan itu dibina berhampiran padang utama manakala sebuah lagi berhampiran bangunan P07 Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang dibaik pulih dan diberi wajah baru.

Kelebihan tempat menunggu bas berkenaan adalah dari segi rekebentuknya yang unik dan berbeza dengan yang sedia ada di UTM di samping dilengkapi dengan ruang iklan yang boleh disewa.

Tempat menunggu bas itu dibina pada September tahun ini dan siap sepenuhnya pada November lalu.

Explore More