April 28, 2024

Search
Close this search box.

UTM tubuh Dana Wakaf Pendidikan

Profesor Wahid dan bertukar
Profesor Datuk Ir Dr Wahid dan Dato’ Haji Md Rofiki bertukar dokumen perjanjian sambil diperhatikan oleh Haji Abdul Mutalib dan Profesor Dr Azlan.
Haji Mutalib me
Haji Abdul Mutalib menyempurnakan gimik pelancaran.

JOHOR BAHRU, 5 Disember 2016 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menubuh  Dana Wakaf Pendidikan UTM (DWP-UTM) bagi membantu memajukan pendidikan dan kepentingan ilmu sejagat.

Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata, penubuhannya sejajar dengan Pelan Strategik Pengajian Negara yang mensasarkan Universiti Awam (UA) menjana pendapatan bagi menampung keperluan kewangan masing-masing.

Menurutnya, dana berkenaan menggunakan  konsep wakaf yang membolehkan orang bukan Islam menjadi pewakaf dan penerima sejajar dengan matlamatnya untuk memberi bantuan tanpa mengira agama.

“DWP-UTM merupakan program penjanaan dana berlandaskan wakaf am melalui sumbangan berbentuk tunai dan harta yang mana pewakaf mewakafkannya kepada UTM sebagai pemegang amanah bagi kepentingan ilmu dan manfaat ummah sejagat.

Dari kanan
Antara pegawai kanan UTM dan Ahli Lembaga Pengarah DWP-UTM yang hadir.

“Dana wakaf ini untuk membantu golongan yang layak menerima dan turut disasarkan bagi aktiviti konsultansi, pembangunan makmal, penyediaan tesis, pendidikan dan penyelidikan,” katanya di majlis pelancaran DWP-UTM oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Haji Abdul Mutalip Abd Rahim, di sini hari ini.

Di majlis berkenaan UTM dan MAIJ menandatangan memorandum perjanjian persefahaman yang ditanda tangan oleh Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ Dato’ Haji Md Rofiki Dato’ Haji Samsudin.

Antara Ahli Lembaga Pengarah DWP-UTM yang hadir ialah Dato’ Hj. M. Tahrir Dato’ Hj. Samsudin dan  Ustaz Selamat Hashim.

Naib Canselor berkata, DWP-UTM adalah inisiatif yang serupa dengan Tabung Endowmen UTM yang dilancarkan pada 2009 bertujuan mengumpul dana melalui pelbagai kaedah bagi merancakkan aktiviti kesarjanaan ilmu di UTM.

“Dana wakaf UTM merupakan inisiatif yang sama cuma perbezaannya ialah penjanaannya berkonsepkan wakaf dan dana yang terkumpul akan dilaburkan untuk menjana pendapatan.

“Mereka yang memberi sumbangan sama ada individi atau organisasi akan diberikan sijil dan layak mendapat pengecualian cukai pendapatan,’ katanya.

Beliau berkata, UTM berterima kasih kepada MAIJ kerana memberi kelulusan melantik UTM sebagai Nazir Khas pelaksanaan dana wakaf bagi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Haji Abdul Mutalip berkata UTM menjadi universiti pertama di negeri Johor yang diberi kelulusan sebagai Nazir Khas untuk memungut dana bagi mengisi tabung wakaf berdasarkan kepada keperluan pendidikan.

“Kelulusan diberikan kepada UTM berdasarkan kepada keperluan yang memfokuskan kepada pendidikan berbanding syarikat korporat yang lebih kepada tanggungjawab sosial,” katanya.

Beliau berkata, 10 peratus daripada kutipan akan digunakan untuk pengurusan wakaf, 10 peratus kepada MAIJ, 50 peratus untuk dilaburkan bagi menjana pendapatan dan 30 peratus untuk kegunaan wakaf.

 

 

 

 

Explore More