November 24, 2024

Search
Close this search box.

UTM jalan tiga kajian untuk JAKIM

Profesor Aizaini
Tan Sri Dato’ Hj. Othman (kiri) dan Profesor Mohd Azaini menandatangani dokumen perjanjian sambil diperhatikan oleh Dato Seri Jamil Khir.

JOHOR BAHRU, 29 November 2016 – Universi Teknologi Malaysia (UTM) dan  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menandatangani memorandum perjanjian untuk  menjalankan penyelidikan dalam bidang budaya, sosial, prasarana dan persekitaran bagi kajian Indeks Syariah Malaysia.

Pengarah UTMPress, Prof Madya Dr Kassim Thukiman berkata, kajian dalam bidang budaya diketuai oleh Dekan Fakulti Tamadun Islam, Prof Madya Dr Afief Salleh Rosman, prasarana dan persekitaran oleh Prof Madya Dr Syed Iskandar Syed Ariffin dan sosial oleh beliau sendiri.

“UTM diberi kepercayaan menjalankan tiga kajian yang bernilai RM270 ribu manakala lima lagi kajian diberi kepada empat Universiti Awam (UA) lain,” katanya.

Majlis menandatangan memorandum perjanjian diadakan di di Hotel Everly, Putrajaya, pagi tadi dan disaksikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.

UTM diwakili oleh Profesor Dr Mohd Azaini Maarof dari Fakulti Komputeran dan Pengarah Eksekutif Institut Sultan Iskandar (ISI), Profesor Dr Mohd Hamdan Ahmad manakala JAKIM diwakili oleh Ketua  Pengarahnya Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha.

Explore More