November 17, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar UTM menang Analisis Senario Habitat Peringkat IPTA

Datuk Halimah menyampaikan hadiah kepada mahaissiwa UTM.
Datuk Halimah menyampaikan hadiah kepada mahasiswa UTM.

JOHOR BAHRU, 19 November 2016 – Sekumpulan mahaisiswa Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 apabila menjuarai pertandingan akhir Analisis Senario Habitat Peringkat IPTA anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, FAB UTM. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000 yang disampaikan oleh oleh Timbalan Menteri KPKT, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kemenangan itu membuktikan kualiti pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah, UTM berada pada tahap yang tertinggi.

Explore More