April 29, 2024

Search
Close this search box.

Sekretariat Pesta Tanglung anjur larian amal YOYO

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam l
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam larian amal YOYO.

JOHOR BAHRU, 15 Oktober 2016 – Sekretariat Pesta Tanglung Universiti Teknologi Malaysia (PTUTM) telah berjaya menganjurkan larian amal You’re Only Young Once (YOYO) 2016 bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Jurucakapnya Raymond Teoh berkata, larian sejauh lima kilometer ini disertai lebih 500 peserta bagi membantu pusat jagaan bagi kanak-kanak yang berkurang nasib, Pusat Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru (PKIIJB).

Beliau berkata larian amal itu bertemakan Obstacle Courses, Balloon World dan Snack Fight.

“Obstacle Courses melambangkan kesusahan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib, Balloon World membawa maksud kebebasan dan Snack Fight melambangkan kemeriahan kanak-kanak,” katanya.

Senaman memas badan se
Senaman memanas badan sebelum larian.
Peserta memulakan larian.
Peserta memulakan larian.
Halangan yang perlu dilalui.
Halangan yang perlu dilalui.

 

Explore More