April 29, 2024

Search
Close this search box.

JEnID 2016 beri dimensi baru dalam ikhtiar keushawanan Johor

Dato’ Mohamad Khaled diiringi oleh Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir dr Wahid Omar melawat pameran.
Dato’ Mohamad Khaled diiringi oleh Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir dr Wahid Omar melawat pameran.

JOHOR BAHRU, 6 Oktober 2016 – YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamad Khaled Nordin yakin, Hari Keusahawanan dan Inovasi Johor (JEnID 2016) akan memberikan dimensi baru dalam pelbagai ikhtiar keushawanan di negeri Johor.

Menurutnya, JNEiD 2016 merupakan gabungan tiga acara tahunan dalaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang kini disatukan dan diberi sentuhan baru untuk diangkat menjadi acara di peringkat kerajaan negeri.

Beliau berkata, acara tahunan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti di bawah Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ), yang telah dilancarkan pada 21 Mac lalu.

“Saya amat berbesar hati melihat perkembangan positif ini, khususnya inisiatif-inisiatif yang dijayakan oleh IISJ,” katanya semasa merasmikan JNEID 2016 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, hari ini.

Dato’ Mohamad Khaled berkata, Johor amat serius dalam pembangunan keusahawan dan inovasi, malah menjadi antara agenda utama dan terpenting negeri Johor yang dinamakan sebagai Keusahawanan Johor.

Katanya, semenjak tiga tahun lepas, pelbagai inisiatif yang khusus bagi merancakkan keusahawanan di Johor telah dilaksanakan.

“Bermula dari skim latihan, penyediaan inkubator, langkah intervensi yang melibatkan bantuan modal dan teknologi, sehinggalah kepada aspek bantuan pemasaran dan promosi.

“Malah, golongan sasar kita juga pelbagai dan mencapah kerana kita bukan sahaja menumpukan kepada kelompok usahawan sedia ada, sebaliknya turut mensasarkan mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan khususnya golongan muda dan graduan,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi yang mapan, cergas dan lestari adalah penting untuk melahirkan Johor dan masyarakat yang sejahtera.

Di majlis bekenaan Dato’ Mohamad Khaled bekenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pameran & Pertandingan Rekacipta Teknologi dan Industrial (INATEX 2016) dan Kanvas Model Perniagaan.

Explore More