April 29, 2024

Search
Close this search box.

Prof. Hayati diundang tetamu kehormat di Majlis Konvokesyen PIS ke-20

⁠⁠⁠⁠JOHOR BAHRU, 2 Ogos 2016 – Prof. Madya Ir. Hayati Abdullah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diundang sebagai Tetamu Kehormat pada Majlis Konvokesyen ke-20 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang berlangsung di Dewan Utama institusi berkenaan pada 24 Julai 2016 lalu.

Penghormatan itu diberikan kepada beliau sebagai Pengerusi Institusi Jurutera Malaysia (Cawangan Selatan) dan penglibatannya dalam badan profesional sebagai Ahli Lembaga, Lembaga Jurutera Malaysia.

Prof. Hayati diundang tetamu kehormat di Majlis Konvokesyen PIS ke-20
Prof. Madya Ir Hayati menerima cenderamata dari Pengetua Politeknik Ibrahim Sultan.

Beliau diberikan penghormatan untuk menyampaikan Diploma, Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum, Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Industri kepada graduan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik.

Bertugas sebagai salah seorang tenaga pengajar di Jabatan Termo Bendalir, Fakulti Kejuruteraan mekanikal, UTM, Prof. Madya Ir. Hayati merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Selatan.

Antara anugerah yang pernah diterima adalah Anugerah Jurutera Wanita Institut Jurutera Malaysia (IEM) 2015, Anugerah Akademik Negara 2010, Anugerah Penasihat Akademik Terbaik Universiti Teknologi Malaysia 2008 dan Anugerah Pengajar Terbaik Universiti Teknologi Malaysia 2005.

Explore More