April 28, 2024

Search
Close this search box.

Kelab Golf UTM beri sumbangan RM13 ribu

Datuk Wahid menyampaikan cek kepada Juhaida sambil disaksikan oleh Wan Mohd Zawawi (tengah), Timbalan Pendaftar Kanan Hasan Husin (kiri) Azlan (dua dari kiri) dan Timbalan Pendaftar Kanan Dahari Derahi (kanan).
Datuk Prof. Dr Wahid menyampaikan cek kepada Pn. Juhaida sambil disaksikan oleh Tn Hj. Wan Mohd Zawawi (tengah), Timbalan Pendaftar Kanan  Tn Hj. Hasan Husin (kiri) Prof. Dr Azlan  dan Timbalan Pendaftar Kanan HEMA Tn Hj. Dahari Derahi (kanan).

JOHOR BAHRU, 28 Jun 2016, Kelab Golf Universiti Teknologi Malaysia (KGUTM) menyerahkan sumbangan sebanyak RM13 ribu sempena Ramadan bagi menunaikan tanggungjawab sosial.

Naib Canselor Profesor Datuk Dr Wahid Omar menyampaikan sumbangan  berkenaan kepada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Profesor Dr Azlan Abd Rahman bagi mengisi Tabung Endowmen UTM sebanyak RM5,000 dan pembinaan Sekolah Agama UTM RM5,000.

Di majlis berkenaan Profesor Datuk Dr Wahid Omar turut menyampaikan sumbangan kepada  rumah anak yatim Pusat Penjagaan Kasih Setangi di Jalan Air Molek, Johor Bahru sebanyak RM3,000.

Sumbangan itu diterima oleh pengasasnya Juhaida Maskam bagi membiayai 39 orang anak yatim yang berumur antara empat dan enam tahun.

Kutipan sumbangan itu diperolehi hasil penganjuran Kejohanan Golf antara Universiti Awam Malaysia ke 44 yang diadakan pada 22 dan 23 Mei 2016 bertempat di Palm Resort Golf & Country Club dan  Palm Villa Golf & Country Club, Kulai.

8415 – Wahid menyampaikan cek kepada Juhaida sambil disaksikan oleh Wan Mohd Zawawi (tengah), Timbalan Pendaftar Kanan Hasan Husin (kiri) Azlan (dua dari kiri) dan Timbalan Pendaftar Kanan Dahari Derahi (kanan).

 

8412 – Wahid menyampaikan cek kepada Juhaida sambil disaksikan oleh Wan Mohd Zawawi (tengah), Timbalan Pendaftar Kanan Hasan Husin  dan Azlan (dua dari kiri).

Explore More