Disember 22, 2024

Naib Canselor UTM lancar tabung “Because We Care Chancellor’s Fund”

JOHOR BAHRU, 11 Januari 2016 – Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar melancarkan tabung “Because We Care Chancellor’s Fund” bagi membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk masa depan yang lebih baik.
Tabung berkenaan mensasarkan mahasiswa dari latar belakang keluarga miskin yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan harian di kampus dan bantuan makanan harian.

Penubuhan tabung berkenaan adalah inisiatif Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor semasa baginda hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada dua orang mahasiswa UTM yang menghidap kanser.
Sebagai permulaan, baginda yang juga Canselor UTM berkenaan menyumbang RM50 ribu.
Tabung berkenaan dilancarkan dimajlis Amanat Tahun Baru 2016 di Dewan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

 

Explore More