April 29, 2024

Search
Close this search box.

Pencapaian Penyelidikan UTM diiktiraf Peringkat Nasional

Pencapaian Penyelidikan UTM diiktiraf  Peringkat Nasional –   Penarafan  6 Bintang Audit MyRA 2014 dan  Dua Pusat Kecemerlangan  diiktiraf  Pusat Kecemerlangan Tinggi Penyelidikan (HICoE)

30 Nov 2015 PUTRA JAYA –  UTM menerima pengikitrafan besar apabila diberi penarafan 6 bintang hasil pencapaian MyRA 2014  dan  2 pusat kecemerlangan UTM diiktiraf  Pusat Kecemerlangan Tinggi Penyelidikan  yang diumumkan oleh YB. Dato’ Seri Idiris Jusoh, Menteri Pengajian Pendidikan  Tinggi  dalam Majlis Penganugerahan Watikah Penarafan Bintang MyRA 2014 di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya hari ini.

Penarafan 6 bintang  ini merupakan kejayaan cemerlang  UTM selepas  melepasi audit MyRA  2014 pada Mei 2015 dan pada masa yang sama  UTM berupaya mengekalkan status sebagai Universiti Penyelidikan.  Manakala dua Pusat kecemerlangan yang menerima pengiktirafan ini adalah  Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC) dan Institute of Noise and Vibration (IKG).

Majlis  penyampaian  ketiga-tiga watikah ini telah disampaikan oleh  Menteri Pendidikan Tinggi dan  UTM diwakili oleh  Prof Datuk Ir. Dr Wahid Omar, Naib Canselor   dan  Prof Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)  serta wakil daripada IKG.  Turut menerima watikah ini adalah daripada Universiti Awam lain.

Menurut Prof Dr. Ahmad Fauzi Ismail,  penarafan  ini merupakan kejayaan besar kepada UTM selepas kita melaksanakan transformasi dan  pelbagai inisiatif untuk memacu  budaya penyelidikan di UTM.

Tambahnya kejayaan  dua Pusat Kecemerlangan UTM diberi penarafan HICoE turut merupakan kejayaan besar UTM selepas  melalui pelbagai siri audit oleh pihak KPT menjadikan jumlah HICoE di UTM  kepada tiga termasuk  Wireless Communication Centre (WCC) menerima pengiktrafan pada 2014.

Explore More