November 17, 2024

Search
Close this search box.

Arena Sukan mampu pupuk semangat muhibah dan perpaduan

JOHOR BAHRU, 29 Julai 2015 – Arena kesukanan mampu memupuk semangat muhibbah dan perpaduan di antara atlet yang bertanding.
Ini adalah disebabkan jalinan hubungan sesama meraka ketika bertanding akan menghasilkan hubungan yang lebih mesra dan rapat.
Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan P. Kamalanathan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2015 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.
Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Prof. Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz dan juga Pengerusi MASUM, Prof. Dr. Anuar Hassan.
Kamalanathan juga berkata penganjuran temasya sebesar MASUM ini adalah medan terbaik bagi mencari bakat baru yang berpotensi mewakili negara ke pertandingan sukan bertaraf dunia.
“Di dalam penganjuran Sukan SEA ke-28 di Singapura baru-baru ini Malaysia telah berjaya memungut sebanyak 68 pingat emas.
“Dari jumlah tersebut, sebanyak 30 daripadanya dimenangi oleh atlet mahasiswa dan ini menunjukkan betapa pentingkan negara untuk mempunyai bakat-bakat sukan yang berkualiti,” katanya.
Menurutnya lagi, pencapaian ini jelas menunjukkan atlet mahasiswa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah juga mempunyai potensi yang baik dalam bidang sukan.
“Aktiviti MASUM ini juga adalah selari dengan kandungan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTPN) yang berhasrat mahu menghasilkan modal insan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya lagi.
MASUM 2015 yang berlangsung di UTM bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2015 melibatkan sebanyak 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara, 5200 orang atlet, 20 jenis acara yang dipertandingkan, 177 pingat emas ditawarkan untuk 12 acara, 600 sukarelawan bertugas, 394 Pegawai Teknikal bertugas, 17 lokasi dalam kampus dan 3 lokasi luar kampus.

P. Kamalanathan bersama dengan kontinjen-kontinjen IPTA yang mengambil bahagian dalam MASUM 2015 yang berlangsung di UTM.
P. Kamalanathan bersama dengan kontinjen-kontinjen IPTA yang mengambil bahagian dalam MASUM 2015 yang berlangsung di UTM.

Explore More