Disember 27, 2024

UTM Menang 1 Emas, 3 Perak & 2 Gangsa dalam Pameran Biotechnology Asia 2014

Dalam pameran tahun ini UTM Berjaya membawa pulang 1 emas, 3 perak dan 2 gangsa daripada 6 rekacipta dan inovasi yang dipertandingkan.

Pameran yang berlangsung selama 3 hari ini telah berlansung dari 19 hingga 21 November 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Acara tahunan ini dianjurkan bersama oleh Malaysian Association of Research Scientist (MARS) dan Protemp Exhibitions Sdn Bhd ini telah menerima lebih dari 10,000 pelawat industri untuk menyaksikan pameran yang mempamerkan inovasi tempatan , serantau dan antarabangsa dalam bidang bioteknologi. Acara ini juga telah mengumpulkan pakar- pakar bioteknologi dunia dan serantau, ahli-ahli sains dan pelabur- pelabur untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan tujuan untuk meneruskan momentum dalam pertumbuhan bio -ekonomi.

Pameran ini telah disertai oleh beberapa universiti tempatan termasuk USM, UM, UPM, UniMap, UMP, IIUM, UMK, UPSI, UTHM, UTeM, UMS, UNITEN dan UTM serta institusi penyelidikan seperti MARDI dan FRIM.
Sebanyak 94 rekacipta dan inovasi terbaru dalam bidang bioteknologi telah dipamerkan dalam pameran ini.

Produk Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar bertajuk 3-IN-1 Natural Beauty telah berjaya mengharumkan nama UTM pada pameran kali ini dengan memenangi pingat emas.

Dengan kejayaan kali ini, diharap UTM akan terus mengorak langkah terus kehadapan bagi memastikan hasil- hasil penyelidikan ini mampu bersaing diperingkat global dengan menghasilkan produk penyelidikan yang bermutu tinggi.
Keputusan Penuh Pameran Biotechnology Asia 2014
Bil Produk Penyelidik Fakulti RA Keputusan

3-IN-1 NATURAL BEAUTY
DR. SITI HAMIDAH BT MOHD SETAPAR
FKK BIOTECHNOLOGY GOLD

NOVEL ACETABULAR CUP WITH EMBEDDED MICROPITS FOR HIP IMPLANT APPLICATION.
PROF. MADYA DR. SYAHRULLAIL BIN SAMION
FKM  –  TRANSPORTATION RA:  SILVER AWARD

HIP IMPLANT TRIBOLOGY CHARACTERISTICS USING HIP SCREENING MECHANISM
PROF. MADYA DR. SYAHRULLAIL BIN SAMION
FKM – TRANSPORTATION RA: SILVER  AWARD

NAT-WAVEPRO MICROWAVE DESIGNED PROCESS SPECIALLY FOR NATURAL BIOACTIVE PRODUCTS
PROF. MADYA DR. IDA IDAYU BT. MUHAMAD
FKK – BIOTECHNOLOGY RA: SILVER AWARD

NatriFC – NATURAL, HIGHLY NUTRITIOUS FORMULATED COLORANT FOR HEALTH AND WEALTH
PROF. MADYA DR. IDA IDAYU BT. MUHAMAD
FKK – BIOTECHNOLOGY RA: BRONZE AWARD

CITRIC ACID BASED SHAPE MEMORY POLYMER FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS
PROF. MADYA DR. MAT UZIR B. WAHIT
FKK – MATERIAL & MANUFACTURING RA: BRONZE AWARD

 

Booth pameran UTM semasa Pameran Biotechnology Asia 2014

Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar memberi penerangan berkenaan produk beliau 3-in-1 Natural Beauty yang telah memenangi pingat emas

 

 

 

 

Explore More